Tuesday 27 November 2012

Bengkel Penyeragaman Penguatkuasaan Undang2 PBT Negeri Kedah

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 27 November 2012
Tempat: De Baron Resort, Kuah Langkawi.


Anggota dari MBAS yang mengambil bahagian
dalam bengkel tersebut. SU turut tumpang sekaki..

Memandangkan terdapat perbedaan yang agak ketara antara PBT2 dalam negeri Kedah ini dalam tindakan-tindakan penguatkuasaan maka MBAS telah mengambil tanggungjawab untuk menyelaraskan usaha-usaha mengujudkan keseragaman dalam SOP yang berkaitan tindakan-tindakan penguatkuasaan dibawah pelbagai undang-undang dan akta dibawah pihak berkuasa tempatan.

Dengan kerjasama INSPIN dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat SUK Kedah , bengkel ini telah berjaya diadakan mulai 25-28 2012 November di De Baron Resort Langkawi. Semua PBT Kedah telah menghantar wakil-wakil menghadiri bengkel yang julung-julung kali diadakan ini.

Keseragaman dalam SOP ini penting kerana sebagai PBT dibawah sebuah kerajaan negeri,  adalah tidak wajar terdapat perbedaan yang ketara antara satu PBT dengan PBT yang lain. Ianya menunjukkan seolah-olah PBT tidak ada langsung kawalan diperingkat kerajaan negeri. Begitu juga pengenaan 'charge' dan denda yang tidak seragam antara PBT walaupun hanya letak berdekatan menimbulkan rasa kurang senang rakyat dalam berurusan dengan PBT.

YB Dato' Ir. Hj. Pakhrulrazi ...........Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Kedah telah merasmikan bengkel
 tersebut

Oleh  itu bengkel ini amat bertepatan sekali diadakan disamping memberi input-input dan maklumat-maklumat terbaru dari PBT luar Kedah yang mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam usaha-usaha penguatkuasaan seperti dari Jabatan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Ipoh. Semoga rumusan yang diperolehi dari bengkel ini akan menjadi titik tolak kearah keseragaman SOP yang lebih menyeluruh untuk semua PBT di Kedah ini disamping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan cemerlang kepada pelanggan.

Ok.. jumpa lagi.. dan selamat berbengkel buat anak-anak buah....

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita