Friday 30 November 2012

Sekali Lagi MBAS Mendapat Taraf 5 Bintang Dalam Penilaian Laman Web

Catatan: Mohd Asri Redha
30 November 2012


Salam Sejahtera... Pagi ini ada sedikit masa untuk saya luangkan menulis blog saya ini... Nak cerita apa pula kali ini.. Oh Ya minggu lepas saya terima berita berkenaan lapuran keputusan penilaian laman Web/Portal Jabatan Kerajaan Malaysia untuk tahun 2012. Penilaian Laman Web dibuat dibawah program Malaysian Government Portals And Websites Assessment (MGPWA) oleh Multimedia Development Corporation (MDeC)..

Belek punya belek saya teruja dan terkejut juga bila melihat Laman Web Majlis Daerah Yan duduk dalam 'ranking' ke 5 diantara Pihak Berkuasa Tempatan Seluruh Malaysia. Markah yang diperolehi ialah 97 dan dikategorikan sebagai bertaraf 5 bintang. Suatu yang amat membanggakan saya diatas pencapaian ini kerana pada tahun 2011 duduk di ranking ke 9 antara seluruh PBT dimana masih 5 bintang juga. Tahniah kepada MDY dan juga semua anggota kakitangannya yang terlibat melengkapkan segala keperluan menjadikan Laman Web mereka menjadi begitu berjaya walaupun hanya sebuah PBT yang dikatakan kecil sahaja berbanding lain PBT termasuk yang bertaraf Bandaraya... Sebenarnya saya juga pernah menjadi Setiausaha MDY.. tu yang teruja juga walaupun dah lama tinggalkan PBT tersebut.

Add caption
Sebenarnya Majlis Bandaraya Alor Setar juga tidak kurang hebatnya. MBAS masih lagi mengekalkan taraf 5 bintangnya sejak 2011 dan terkini 2012. Tahun 2011 MBAS mendapat score 97, tapi tahun 2012 MBAS mendapat score 94. Turun sikit, tapi masih bertaraf 5 bintang. Dari segi rankingnya tahun 2012 MBAS menduduki ranking ke 9 diatara semua PBT seluruh Malaysia.  Tahun 2011 MBAS menduduki ranking no. 5 diantara semua PBT seluruh Malaysia dan ranking ke 6 diantara semua jabatan-jabatan kerajaan termasuk kementerian yang ada di Malaysia. Ini satu pencapaian yang amat dibanggakan dan tidak harus dipandang mudah begitu sahaja.. seolah-olah macam tidak ada apa-apa. Bukan senang nak dapat 5  bintang dan menduduki ranking yang agak teratas, kerana kalau mudah dah lama beratus-ratus jabatan lagi dapat.. tak kesampaian juga mereka walau mempunyai pakar IT tersendiri di kementerian atau jabatan tersebut. Walaupun jabatan tersebut banyak duit tidak semestinya mereka boleh mendapat ranking yang baik kalau tidak ada kesungguhan, keprihatinan, kreativiti, kerajinan dan kerjasama semua pihak dalam jabatan tersebut

Sebab itu saya melihat kejatuhan markah dari 97 point (tahun 2011) ke 94 point (tahun 2012) adalah disebabkan faktor kerjasama dari semua jabatan/bahagian/unit yang ada dalam MBAS. Selagi kerjasama erat tidak dipupuk  diantara bahagian-bahagian yang ada dalam MBAS dengan hanya mengharapkan Bahagian IT sahaja bertungkus lumus, rasanya sukar kedudukan terbaik  sekarang ini dapat dipertahankan. Insya Allah MBAS akan dapat yang lebih terbaik lagi tahun 2013... Marilah kita sama-sama 'pulun' sungguh-sungguh untuk mencapainya

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada semua anak-anak buah yang telah merealisasikan harapan dan cita-cita MBAS untuk menjadi sebuah PBT yang cemerlang dalam semua bidang perkhidmatan yang diberikan...

Jumpa lagi..





No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita