catatan.. mohd asri redha
tarikh..20 november 2012
Memang memeritkan.. beli suatu benda yang tidak boleh diguna... kalau sepuluh dua RM tu takpa juga.. ini ratusan ribu RM... .. Silap-silap tangani boleh jadi gila dibuatntya.. apa tidaknya.. sudahlah gaji telah dipotong secara bulanan, kena bayar sewa rumah lagi.. jumpa pemaju pula buat layan tak layan saja...
Yang membeli bukannya orang-orang berada dan kaya-raya macam taukeh pemaju.. hanya sekadar mampu membeli seadanya... Inilah yang dihadapi oleh 28 orang pembeli rumah di Taman Seri Derga 3, apabila rumah yang dibeli dan patut siap beberapa tahun dulu tidak siap-siap. Pemaju pula telah tinggal begitu sahaja projeknya. Namun akhirnya rumah tersebut pada kesudahannya siap juga dengan campurtangan kerajaan setelah melalui pelbagai liku dan rintangan yang sukar bukan kepalang.

Begitulah perangai dan sikap sebahagian kecil pemaju-pemaju perumahan kita.. kerana mementingkan keuntungan mereka tidak kira siapa.. dibahamnya habis-habisan tapi bila nak rugi sikit atau untungnya tidak banyak mana mereka sanggup tinggal begitu sahaja projek mereka dan membiarkan pembeli rumah tersebut terkapai-kapai mencari penyelesaian bersendirian... Sesusah-susah pemaju.. susah lagi pembeli rumah tersebut kerana hanya itulah sahaja harta yang mereka beli dan sumber pendapatan pembeli kebanyakannya adalah sekadar dapat hidup sederhana sahaja. Pemaju boleh cari projek lain lagi... sebab mereka ini memang pandai bab-bab cari duit... malahan sanggup mereka bangkrapkan syarikat mereka hanya untuk elak menanggung bebanan kewangan yang dihadapi..Mereka tidak kisah pada pelanggan mereka yang lebih menderita.. Masalahnya cara sebegini telah menyusahkan beribu-ribu orang pembeli yang menghadapi masalah yang serupa diseluruh negeri.
Sebagai sebuah PBT yang bertanggungjawab.. MBAS akan berusaha membantu dimana perlu bagi memudahkan proses kelulusan projek-projek yang terbengkalai seperti ini dimana kadang-kadang MBAS terpaksa berkorban dengan mengecualikan beberapa syarat perlu.. asalkan ianya tidak memberi kesan negatif kepada pembeli , penduduk dan fizikal sekitar.
Ok jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment