Wednesday, 14 November 2012

APA KATA KITA ANGGAP MEMBASUH KERETA...SEBAGAI SENAMAN..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:   11.11.12

Gambar ini bukan nak menunjuk.. tapi memang tunjuk pun...  MBAS memang banyak juga kenderaan dan harta benda bernilai.  Lama dan baru.. kalau tak jaga betul-betul  yang baru nampak buruk dan cepat rosak, apatah lagi yang lama tentu bertambah buruk dan teruk penyelenggaraanya. Kalau saya guna kenderaan jabatan .. tak gamak rasanya nak serah balik selepas guna dalam keadaan yang kotor dan 'belemois'

... Jadi saya pegang kepada prinsip bahawasanya basuh kereta luar dan dalam juga adalah senaman bagi saya.... jadi tak rasa bebanan apa-apa pada saya dan tak rasa rugi apa-apa. Rasa seronok pula disamping peluh keluar banyak. Kalau nak senaman biasapun ambil masa kurang-kurang setengah jam. Jadi lebih baik guna masa itu untuk basuh kereta pejabat. Walaupun tak ada sapa suruh saya basuh kereta pejabat tapi saya nak buat juga sebab saya yang pakai bawa pi Cameron Highland untuk berbengkel disana...

Saya juga tak selesa tengok kenderaan MBAS dalam keadaan tidak dicuci elok-elok selepas habis kerja, sedangkan itu sebenarnya tanggungjawab pemandu kenderaan yang dilantik. Tanggungjawab utama mereka memastikan kenderaan tersebut dijaga rapi, dalam keadaan bersih setiap masa, dan diselenggarakan dengan baik dan bawa kenderaan tidak kasar. Kenderaan baru atau lama bukan alasan untuk tidak mahu mencuci dan menjaga dengan mengikut peraturan dan tanggungjawab yang ditetapkan......... ok..  saya pun dah ada gambar lori-lori dan lain kenderaan MBAS .yang mana sebahagian besarnya tidak dibersih elok-elok selepas kerja.. tengoklah nanti.... kalau tak ada apa-apa perubahan pada kenderaan itu.. saya akan paparkan....untuk elok dari dipaparkan...alangkah moleknya dibersihkan sebaik mungkin....semua orang senang hati..

Jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita