Wednesday, 13 February 2013

Dailog Bersama Penduduk Taman Golf, Taman Malaysia dan sekitar

01 Februari 2012
Catatan: Mohd Asri Redha



YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan turut
sama  dalam program ini dan beliau telah mengambil
akan apa-apa isu dan masalah yang dibangkitkan.
 
Selalunya banyak maklumat secara langsung dapat diperolehi melalui program-program jabatan turun ke padang . Jadi saya mengambil kesempatan dari Majlis Program Pencegahan Jenayah yang diadakan pada hari ini di Padang Awam Taman Golf ini dengan menghadiri sendiri untuk mendengar apa-apa isu berkaitan MBAS dan juga keselamatan.

Sebagai jabatan yang berkhidmat untuk rakyat saya tidak ada masalah untuk hadir ke program seperti ini walaupun ianya dianjurkan oleh JKKKP dan yang hadir juga adalah YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia serta YB AdUN kawasan dari Barisan Nasional. Sebagai pegawai kerajaan saya perlu bertindak professional.





Antara masalah dibangkitkan ialah: Naik taraf Taman
Kanak-Kanak ini .. samada baiki dan tambah kemudahan
sedia ada.
Sudah tentunya dalam program-program seperti ini , semasa dialog akan menjadi perhatian warga yang datang dan sudah tentunya kalau boleh mereka mahu diselesaikan pada hari itu juga... Walau bagaimanapun sebenarnya penyelesaian tidak semudah yang disangkakan. Banyak aspek kena teliti , dan yang pentingnya kemampuan kewangan.

Antara aduan yang berkaitan dengan MBAS ialah i.. berkenaan Longkang yang agak kecil, boleh menyebabkan laluan air tersekat bila hujan lebat dan ada rumah yang ditenggelami air. Cadang bina longkang yang lebih besar lagi.
ii. Naik  taraf peralatan permainan kanak-kanak di Taman Golf iaitu membaiki dan menambahkan kemudahan yang ada disitu.
iii. Minta kaji semula jalan sehala yag diletakkan papan tanda dilarang masuk.. kerana ia mengelirukan dan penduduk tidak ikut arahan tersebut.
iv. Cadangan tambah lagi lampu awam.
v. Isu2 keselamatan yang dibangkitkan banyak diberi perhatian oleh PDRM utk tindakan susulan



Papan Tanda 'No Entry' ini juga dibangkitkan. Walau
ada sign board ini, penduduk taman ini masuk juga..
amat merbahaya.. Ini juga dibangkitkan oleh penduduk
disitu dan minta kaji balik kesesuaian.. mungkin sesuai
letak tanda berhenti sahaj.....




 
Jadi bila balik dari Majlis Dialog ini.. banyak kerja nak kena buat dan ambil tindakan susulan.....Segala aduan perlu diteliti balik kerana tidak semestinya apa yang diadu boleh dibuat. Banyak pertimbangan-pertimbangan perlu diambil kira.



No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita