Wednesday, 13 February 2013

KUBU DAN TUNTUNG...

Catatan: Mohd Asri Redha
10 Januari 2013..

Hari ini saya buat lawatan ke Bukit Pinang.. Cadangan lawatan ialah ke Kg Kubu, Bukit Pinang dan Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang..
Kenapa nama Kg Kubu.. rupanya kampung tersebut banyak kubu-kubu yang dibina oleh tentera British dulu untuk menghalang kemaraan tentera Jepun yang menyerang Malaya. Kalau tidak silap perkiraan saya ada 9 tempat kubu yang dibina agak berdekatan.. Kemungkinan besar setiap kubu itu disambung antara satu sama lain dengan terowong tanah dibawahnya, sayangnya kubu-kubu tersebut tidak terjaga dan ditinggalkan begitu sahaja. Sekiranya kerajaan ambil alih kawasan tersebut, tentunya ianya akan menjadi tempat pelancungan yang  menarik dengan boleh dianjurkan aktiviti berkaitan sejarah peperangan Jepun di Kepala Batas... 

Saya juga sempat melawat tempat  Pusat Konservasi Ternakan Tuntung di Bukit Pinang yang diuruskan oleh Jabatan Perhilitan .. Sebenarnya sudah lama pusat ini ujud, tapi tidak pernah tergerak hati saya untuk pergi ke pusat itu.. Hari ini baru kesampaian...    rupanya tempat ini amat sesuai menjadi tarikan pelancungan jika dipromosi betul-betul.. Memang tuntung saya jarang tengok...  Ini adalah usaha-usaha awal untuk mencari jalan bagaimana produk-produk menarik yang ada di dalam Bandaraya Alor Setar ini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk kebaikan semua pihak.


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita