Saturday, 30 March 2013

Menghayati Seni Suara/Gaya Burung Merbah Jambul Dan Murai Batu..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Mac 2013..

Para peserta sedang bersiap sedia dengan burung
masing-masing untuk diadili oleh pengadil yang
bijaksana.
Selamat Petang dan Salam Sejahtera, buat pembaca blog saya... Petang ini saya sedang enak-enak pekena cucur kodok cicah dengan planta..tapi bukan planta marjerin.. waduh enak sekali..  tak percaya cuba try.... sambil itu tentunya saya tidak lupa untuk menggodam  huruf2 komputer ini untuk jadikan cerita apa yang patut.. Nampaknya siapa yang baca cerita saya ini tidak ada pilihan .. mahu tak mahu kenalah juga membacanya celoteh saya ini..

Sebenarnya pagi tadi saya bersama anak-anak buah berada di Karnival Bandaraya Sejahtera di pekarangan Stadium Darul Aman.. MBAS buat aktiviti Pertandingan Suara/Gaya Burung Merbah Jambul dan Murai Batu..Sempena Sambutan Ulang Tahun MBAS ke 9.


Antara hadiah-hadiah utama untuk pemenang-pemenang dan
juga hadiah-hadiah cabutan no bertuah....
Tak sangka pula ramainya peminat-peminat burung merbah jambul dan murai batu dan mereka datang dari segala ceruk rantau hingga dari luar Kedah. Lebih kurang 386 peminat burung-burung tersebut mengambil bahagian dalam 3 kategori yang ditetapkan. Saya sebenarnya bukan tau pun macam mana sistem pertandingan ini... kadang-kadang tengok cara mereka menilai agak memeningkan kepala.. kalau nak nilai dari segi suara... macam mana pengadil nilai dengan hanya melihat dan mendengar dari jarak 6 ke 7 kaki.. dan burung-burung itu diletakkan berdekatan antara satu sama lain.. bunyi semua burung semacam aje.. Itulah kelebihan  pengadil-pengadil pertandingan burung-burung tersebut yang tidak semua orang ada kepakaran tersebut...

Bayangkanlah macam manalah pengadil nak nilai bunyi suara
burung, sebab letak dekat-dekat... tapi sebenarnya tak
ada masalahpun pada pengadil tersebut.. memang hebat-hebat.
Saya tunggu dari awal hingga akhir.. tapi rasanya tidak menimbulkan minat langsung untuk menceburi dalam hobi ini.... tetapi melihat kepada kesungguhan pemilik-pemilik burung ini saya amat kagum sekali.. dan mereka tidak mempertikaikan akan keputusan-keputusan pengadil yang bijaksana dan ada pengadil  yang diimpot terus dari Thailand. Lucu juga melihat akan telatah pemilik burung dengan pelbagai gaya dan kelakuan mereka untuk berkomunikasi dengan burung kesayangan mereka supaya  buat seperti mana yang dikehendaki untuk menarik perhatian pengadil.. Jangan tanyalah berapa harga setiap burung peliharaan mereka.. semua ribu-ribu RM.. Kalau dapat tempat teratas, harga seekor burung merbah jambul atau murai batu boleh mencecah puluhan ribu RM. Akan ada orang yang akan membelinya. Jadi hobi seperti ini kalau ditumpukan sepenuhnya boleh cari makan dengan cara ini...

Boleh dikatakan sebahagian besar peserta yang mengambil bahagian mendapat hadiah samada melalui hadiah kemenangan atau cabutan nombor bertuah. MBAS menyediakan lebih 80 hadiah cabutan nombor bertuah dan paling ditunggu ialah TV LCD 42 inci dan basikal Mountain Bike, serta pelbagai hadiah lain yang menarik. Disamping itu yang berjaya diberi hadiah wang tunai dan juga barangan elektrik serta sijil / piala serta berpuluh hamper.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak buah saya sebagai urusetia aktiviti ini yang melaksanakan program ini dengan jayanya terutama dari segi bilangan penyertaan yang ramai dan kelancaran program ini. Hari cuti yang terpaksa dikorbankan. Tidak lupa juga kepada Persatuan Burung Merbah/Murai yang telah sama-sama bekerjasam dengan MBAS menjayakan pertandingan. Insya Allah,  melihat kepada kejayaan aktiviti ini  ianya akan dijadikan aktiviti tahunan MBAS dimana ianya akan mendekatkan lagi rakyat dari serata pelusuk negeri dengan MBAS.


Oklah.. azan maghrib sedang berkumandang... menyahut segala makhluknya berhentikan dulu segala urusan dunia.. kita tumpu pula urusan hidup mati kita dengan Allah SWT.. jadi saya berhenti sementara dulu kat sini kerana saya sudah puas cerita fasal pertandingan ini dan nanti saya boleh mulakan bualan aktiviti lain pula berkenaan Sambutan Ulang Tahun MBAS ke 9...  Tunggu cerita seterusnya..

Teratak Kasih.....

Monday, 25 March 2013

Anjing Oh.. Anjing... Nasib Kau lah .... Tuan Kau Tak Mau Pasport...





Catatan:  Mohd Asri Redha.....




25 Mac 2013

Selepas ini tidak ada sebab pemilik anjing tak mahu ambil lesen anjing.... segala kelonggaran telah diberi.. nak apa lagi.... nak mansuh.. tak mungkin sama sekali..













Catatan: Mohd Asri Redha
20 Januari 2013


S
kepedulianku.. Sedang membetulkan balik 'banner' 
yang jatuh . 'Banner'  ini adalah untuk memaklumkan
bahawa bela anjing kena ada lesen... Kalau tidak ada 
lesen MBAS berhak untuk menangkapnya kerana tidak
ada tuan..
Sebenarnya bekerja di PBT memang akan menghadapi pelbagai masalah dan isu dengan orang awam. kalau ada hamba Allah yang kata tak ada masalah bekerja di PBT maka memang ia tidak ada perasaan. Macam saya ni yang mudah terkesan dengan masalah orang, tak perayalah nak elak. Kadang2 masalah orang saya rasa macam masalah saya juga, bukan ada kaitan apa pun.. tapi itulah saya... nak buat macam mana dah lagu tu, Di mana-mana PBT isunya hampir sama sahaja. Isu kebersihan, isu banjir, isu longkang rosak dan tersumbat, isu pencemaran, isu rumah haram, isu ceroboh tanah, isu tambahan rumah, isu penjaja, isu pasar malam, isu lalu lintas, isu jalan rosak, isu parking, isu pembangunan, isu projek , isu binatang berkeliaran,  isu penguatkuasaan dan segala macam isu adalah  antara yang terpaksa didepani dengan cara yang berhikmah.... bukan mudah nak selesai isu-isu seperti itu.. Banyak pendekatan dan cara diguna bagi menyelesaikan dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira segala halangan terutama dari segi kemampuan kewangan dan sumber yang terhad.

Saya turut juga bersama anak buah turun
ke  padang  untuk   melihat  bagaimana
 mereka tangkap  anjng terbiar tersebut.
memang susah. nak kena masuk kawasan
belukar dan semak-semak lagi dan kadang2
 anjing yang garang buru kita balik.
Antara anjing-anjing liar
 yang dapat ditangkap..
Salah satu aduan awam yang sering kali diterima oleh MBAS ialah masalah anjing tidak bertuan yang berkeliaran dimerata tempat terutama dikawasan perumahan... Boleh dikatakan setiap minggu ada saja aduan berkenaan anjing. Memang anjing2 terbiar menimbulkan masalah seperti najisnya yang dikategorikan sebagai najis berat yang bersepah dimerata tempat, anjing kurap dan berpenyakit, kacau ganggu orang awam dijalan-jalan, dan gangguan kebisingan salakan anjing. Jadi tidak dapat tidak MBAS mengambil tanggungjawab ini untuk menangani aduan awam ini dengan usaha penangkapan anjing-anjing liar dan terbiar. MBAS juga sedang mempromosikan kepada semua warga  MBAS yang memiliki anjing agar memohon lesen khas memelihara anjing. Adalah diharapkan dengan adanya lesen tersebut, MBAS dapat membuat kawalan dan mempunyai rekod berkenaan anjing-anjing dikawasan bandaraya ini..

Usaha untuk menangkap anjing-anjing terbiar ini bukan perkara mudah. Silap-silap hari , anjing tersebut boleh 'tokak' kita balik. Kalau ada penyakit anjing gila... tak ke nanya tu. Itulah risiko yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak buah saya di MBAS yang selalunya beroperasi pada waktu malam. Jadi saya harap masyarakat memahami akan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh anggota kerja MBAS dalam menangani isu anjing liar ini. Membuat aduan memang mudah.. sebab nak cakap sahaja atau nak buat surat sahaja. Jarang sangat orang mengucapkan terima kasih akan usaha-usaha yang dibuat.

Ok... jumpa lagi...

Teratak Kasih



Thursday, 21 March 2013

KARNIVAL BANDARAYA ALOR SETAR SEJAHTERA....

Catatan: Mohd Asri Redha..
21 MAC 2013

Promosi Karnival Bandaraya Alor Setar Sejahtera 2013 di
mulakan dengan lintas langsung Selamat Pagi Malaysia ,
di RTM, Angkasapuri pada 13 Mac2013
Salam sejahtera buat anak-anak buah saya semua dan warga Bandaraya Alor Setar serta rakyat Malaysia semua..... sibuk sungguh seminggu dua ni... Macam-macam program diatur dan macam-macam masalah juga yang datang silih berganti... Namun begitu kerja kena tetap berjalan juga seperti biasa.... tidak ruang untuk kata tak sempat, tak cukup waktu, tak menang tangan dan seumpama perkataan begitu.... Macam mana nak selesai , pakat2 fikirlah sendiri semuanya cara yang sesuai dan mampu...

Oklah.. bermula 21 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 MBAS akan mengadakan satu program terbesar sempena Sambutan Ulang Tahun Majlis Bandaraya Alor Setar yang ke 9. Program itu dinamakan Karnival Bandaraya Alor Setar Sejahtera 2013. Tempat program ialah di Pekarangan Stadium Darulaman Alor Setar.


antara aktiviti menarik
yang diadakan....
Sepanjang tempoh itu MBAS telah merancangkan pelbagai aktiviti yang disediakan khusus untuk warga bandaraya ini dan juga kepada pelawat-pelawat yang datang ke bandaraya ini. Selain aktiviti harian seperti jualan, promosi dan pameran yang diadakan sepanjang tempoh tersebut, urusetia juga menyediakan aktiviti menarik yang boleh diambil bahagian oleh para pelawat karnival ini...Setiap malam ada persembahan artis-artis yang dijemput khas seperti Mawi, Nash, Kumpulan Rabbani, Herman Tino dan sebagainya..
Jadi saya menjemput semua yang membaca blog saya ini agar dapat datang beramai-ramai ke Karnival tersebut dan menikmati keseronokan yang jarang-jarang diperolehi.. Minat memancing.. jangan lupa datang memancing pada 23 Mac 2012, di Kolam Merdeka berdekatan tapak karnival, Hadiah lumayan menanti anda... Minat berbasikal pula.. lagi syok. Mari kita berbasikal secara santai pada Jumaat Malam 29 Mac 2013 ... Anda akan diberi jersi menarik lagi disamping cabutan bertuah yang juga lumayan..Tidak perlu basikal mahal-mahal..  Bagi peminat permainan tradisional  seperti main batu seremban, congkak,dam aji ada juga pengisiannya dalam program Karnival Bandaraya Sejahtera ini yang akan diadakan pada 22.3.13 .Disamping itu bagi yang pandai memasak.. ini masanya anda menunjukkan kehebatan anda memasak makanan yang ditentukan. Akan ada chef selebriti lagi berceloteh waktu pertandingan berlangsung ditapak karnival. Tak lupa juga Permainan tradisional Sepak Raga Tuju hadiah lumayan menanti anda semua.. sebenarnya banyak lagilah aktiviti menarik diadakan oleh MBAS .  Datang dan lihat sendirilah dan jangan malu-malu untuk mengambil bahagian....
Ada sedikit pindaan terhadap tarikh-tarikh aktiviti
yang  diadakan...... 

Ok saya berhenti kat sini dulu... nanti saya akan ceritakan lagi akan berita-berita menarik yang berlaku sepanjang Karnival ini berlangsung.... jumpa lagi yaa...

Saturday, 9 March 2013

Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar 2013

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 08 Mac 2013...Jumaat

Salam sejahtera, Salam Satu Kedah, Salam Satu Malaysia....

Selamat Pagi semua pembaca maya saya sekalian.... Rasanya semuanya sihat sejahtera sentiasa... baguslah.. kena sihat sejahtera semuanya.. Nak sihat tu tak semudah cakap. Kena usaha lebih sikit. Kalau dah usaha tak mau nak sihat juga.. maka itu sudah ditakdirkan Allah SWT. Jadi jangan dok gundah gulana. Macam saya ni... suka juga bab-bab sukan, tapi penyakit pun ada juga.... tak apalah .. selagi boleh bersukan saya tetap bersukan sebagai satu hiburan dan juga riadah serta kesihatan diri juga...


Ok hari ini .. hari cuti. Jadi saya berbasikal sampai ke airport Kepala Batas, Alor Setar.. Boleh tahan juga jauhnya.. tapi dari rumah saya cuma ambil masa lebih kurang 35 minit sahaja, dalam keadaan kayuhan biasa cara-cara umur saya sekarang ni.


Secara kebetulan juga MBAS  pada hari ini dan besok hari ada buat aktiviti Pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar. Pertandingan ini diadakan digelanggang D'Futsal Titi Gajah. Jadi sayapun singgahlah kat situ untuk tengok dan tinjau anak-anak buah susun dan atur pertandingan ini agar berjalan lancar. Disamping itu 2 pasukan MBAS juga ambil bahagian dalam pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar. Sebenarnya program ini adalah terbesar dan julung kali diadakan oleh MBAS dalam konteks yang lebih nasional, sempena menyambut Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar ke 9 Tahun. Lebih 122 pasukan yang telah mendaftar mengambil bahagian dalam 3 kategori dan menariknya ianya melibatkan juga team-team dari luar Kedah seperti dari Selangor, Penang dan sebagainya. Ini menunjukkan sokongan yang tinggi yang diberikan kepada MBAS atas penganjuran pertandingan  ini.

Penganjuran pertandingan ini amat baik sekali dalam usaha MBAS untuk menggalakkan warganya mengamalkan cara dan gaya hidup sihat disamping membaiki dan meningkatkan hubungan yang baik antara MBAS dan warga bandaraya ini serta dengan lain-lain pihak berkuasa tempatan. Bagi saya ini adalah kerjayaan terbesar MBAS dan mungkin program ini akan diteruskan lagi dimasa hadapan memandangkan faedah besar yang diperolehi oleh pasukan yang terlibat dan MBAS sendiri.

Anak-anak buah sibuk sekali mengaturkan
persiapan pertandingan ini....
Ok.. kita berhenti kat sini dulu.. besok pertandingan ada lagi... nanti petang besok baru ada keputusan siapa johan kategori yang ditetapkan... Kategori Terbuka... Hadiah Pertama RM4000.00 ,Kategori Bawah 18 Tahun Hadiah Pertama RM1000.00, Kategori PBT Hadiah Pertama RM2500.00..  Mungkin kerana hadiah tinggi kut menyebabkan ramai pasukan datang ambil bahagian.....

Nanti saya akan cerita lagi.....

Team Futsal MBAS.... anda memang hebat...
Datuk Bandar , SU dan PSU bergambar dengan
Pasukan Futsal PKNK yang menjadi Johon
Kategori trtbuka......
Ok hari ini 09 Mac 2013.. Hari Sabtu.... Hari terakhir Pertandingan Futsal Piala Datuk Bandar Alor Setar.. Keputusan sudah tahu. Malangnya pasukan MBAS gagal menjadi juara dibawah kategori PBT dimana Majlis Bandaraya Ipoh telah menggondol hadiah pertama manakala MBAS hanya sekadar mendapat Naib Johon. Walaupun saya ucapkan tahniah diatas kejayaan itu  walaupun mendapat naib johan tetapi kesungguhan anda semua memang membanggakan MBAS kerana dari lebih 55 team yang mengambil bahagian, MBAS berjaya melepasi ranjau-ranjau dan sampai ke peringkat akhir.  Bagi kategori Terbuka dimenangi oleh Pasukan PKNK, manakala kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh pasukan TSB dari Tandop... Insya Allah, dengan kejayaan menganjurkan sukan yang amat diminati ramai sekarang ini, MBAS akan memberi perhatian untuk pelaksanaan pada tahun depan pula.

terima kasih...


Friday, 8 March 2013

Ayuh Kawan2 ... Sumbangan Anda Amat Di Hargai... Tabung Lahad Datu MBAS..

Catatan: Mohd Asri Redha
07 Mac 2013

Salam Sejahtera ... Hari ini saya nak sembang-sembang sikit fasal luar dari PBT. Sebelum itu mari kita sama-sama membaca Surah Al Fatihah... pahalanya kita sedekahkan kepada anggota keselamatan negara kita yang terkorban di Lahad Datu, Sabah dan semua anggota keselamatan yang telah pergi meninggalkan kita terlebh dulu.

Saya tidak mampu untuk pergi berjuang di medan pertempuran.. Sebahagian besar kita semua rakyat Malaysia tidak mampu untuk berjuang menjaga keamaan negara secara fizikalnya.... Saya amat menyedari itu  dan kita semua amat menyedari itu. Kita disini masih senang lenang kehidupan kita tanpa apa masalah... Kita rasa selamat berada dalam kawasan, negeri dan negara kita.. Dari mana  datangnya rasa selamat itu. Tentunya kerana kita tahu anggota keselamatan  negara kita telah berkhidmat dengan baik. Kalau berlaku sebarang insiden pencerobohan luar ke negara kita, siapa lagi yang kita harapkan.. tentunya angota pasukan keselamatan negara kita. Merekalah yang akan duduk dibarisan hadapan menyabung nyawa mempertahankan negara kita yang tercinta.

Insiden di Lahad Datu adalah merupakan contoh terbaik bagaimana seriousnya kejadian ini dan bagaimana tingginya risiko yang terpaksa dihadapi oleh anggota pasukan keselamatan kita. Risikonya ialah kecederaan atau kematian. Bukan kehilangan duit atau harta benda. Kalau mati tidak ada apa yang boleh ditukar ganti. Kalau wang ringgit dan harta benda boleh kita ganti. Kalau cedera dan cacat anggota mana boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Sakit bukan boleh ganti dengan duit ringgit.

Sungguhpun begitu hanya sumbangan wang ringgit dan bantuan kebendaan sahaja yang dapat kita berikan kepada anggota keselamatan yang terkorban. Pengorbanan mereka sebenarnya bukan boleh dinilai dengan wang ringgit. Cuma sebagai rakyat Malaysia yang prihatin... hanya ini sahaja sumbangan kecil warga MBAS dan warga bandaraya ini selain doa dalam memberi sedikit keringanan kepada keluarga-keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban semasa menjalankan tugas menghalang pencerobohan di Lahad Datu.. Semoga Allah mencucuri rahmat NYA kepada mereka yang terlibat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang mati syahid... Amiin....

MBAS telah melancarkan 'Tabung Lahad Datu Perwira Negara' Marilah kita sama menyumbangkan sekadar kemampuan untuk meringankan beban anggota keluarga yang terlibat.. kerana mereka telah terputus tempat pergantungan baik dari segi kasih sayang dan juga sarana kehidupan harian mereka....

Jumpa lagi...... nanti kita akan umumkan jumlah yang dikutip untuk diserahkan kepada yang berkenaan...

Wednesday, 6 March 2013

semangat jati asri redha: Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam


Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam... MBAS kearah sifar rasuah....


Catatan.. Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...

Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari  ni saya mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam' yang diadakan selama 2 hari . Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'

Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral, nilai dan etika.

Saya sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan laporan panjang lebar ada saya  ada saya catatkan dalam blog sebelum ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..

http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent

Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.

Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya manusia akan  terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi kepentingan diri sendiri..

Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang berterusan pada diri ini yang serba kekurangan  dengan segala macam kelemahan yang ada.

Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya cuba  tersasar jauh.

Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan  oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-

a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f.  Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA

Fakta ini adalah merupakan hasil dari kajian ilmiah yang dibuat oleh pakar akademik seluruh dunia. ..Jadi macam mana saudara-saudari semua... mampukah kita ikut sepertimana fakta yang sebutkan diatas tadi. Realitinya sekarang ini saya  tidak nampak peratusan yang  tinggi untuk mencapai seperti mana fakta tersebut... Lihat sahajalah akhlak orang-orang kita memandu dijalan raya, lihatlah juga perangai sebahagian rakyat negara ini yang buang sampah ikut suka saja tanpa ada perasaan bersalah pada jiran, lihat sahaja penipuan yang dilakukan oleh penjual terhadap pelanggannya, lihat sahajalah sikap orang kita yang tidak mengikut peraturan lalulintas jalan raya, lihatlah juga cara orang kita bekerja yang banyak menghabiskan masa untuk tujuan lain, itu tidak tengok lagi janji-janji kita yang tidak menepati masa.., rasuah, tidak mempercayai keputusan majoriti, tidak menghormati dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasanya dan segala macam lagilah perkara-perkara negatif yang tidak perlu saya ceritakan disini. Kerana  adanya perkara-perkara negatif yang dibuat oleh sebilangan kecil rakyat kita inilah yang  telah menenggelamkan kebaikan dan perkara positif yang dibuat oleh sebahagian besar  rakyat Malaysia.

Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta  diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...

 
Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat 
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS Bukan semua
jabatan berani atau mahu buat macam ni....
Tertarik saya dengan ceramah oleh Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak atas tajuk 'Transformasi Pengurusan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi'.... Menariknya ialah sebarang perubahan transformasi kearah yang lebih baik terletak kepada sumber manusia. Kakitangan yang ada perlu ada pemikiran yang sihat dan mempunyai persepsi yang positif serta peribadi kelakuan yang berhemah.  Semua ini bergantung kepada hati manusia itu sendiri atau kalbu yang mana terletaknya  akal,  tempat dimana bersemayamnya roh, yang memandu perjalanan dan hala tuju pemikiran dan tingkah laku  individu. Memandangkan kalbu sebagai tempat  dimana terletaknya roh maka sebarang kerosakan kepada kalbu akan memberi kesan yang menggugat kestabilan seseorang individu itu. Bila roh tidak tenteram ianya memberi kesan kepada jasad dan jasad yang rosak akan memberikan  pelbagai kesan keresahan , kebimbangan,  kemurungan dan sebagainya. Bila ini berlaku maka bagaimana mungkin kita boleh mentransformasikan pengurusan organisasi  kearah lebih cemerlang. Oleh itu amat wajar setiap individu itu dibimbing kearah pengukuhan kerohanian dan spritual agar setiap orang itu menjadi lebih kukuh dan mantap.

Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :

http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html

'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor dari UNIMAP...    saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.

Ok jumpa lagi...... salaaam.

Teratak Kasih
Asredha.............................
asri redha: Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam

Monday, 4 March 2013

Nafsu Tidak Mengira Tempat....

04 Mac 2013
Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Kerja meroboh sedang dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa
Hari ini saya nak cerita satu lagi aktiviti MBAS dlm usaha memastikan kesejahteraan warga Bandaraya Alor Setar.. Kita tak boleh elak untuk tidak mengambil tindakan kerana kesannya amat berat kepada masyarakat.. jadi mau tak mau kenalah buat juga..

Sambungan haram paip air... juga
dapat dikesan....
.
Memang benar bagai dikata bila nafsu tidak terkawal , maka syaitanlah yang mengawal diri seseorang. Jadi jangan heranlah kalau tempat-tempat sebegini teruk dan kotor masih menjadi tumpuan kepada segolongan orang yang terlalu ketagihkan seks hinggakan sanggup mengambil risiko berzina dengan pelacur-pelacur ditempat seperti ini. Bermacam-macam cara orang mencari rezeki... tapi janganlah dengan cara begini... Banyak lagi kerja yang boleh dibuat untuk mendapatkan rezeki yang halal. Kedah masih banyak lagi kerja-kerja yang boleh dibuat..

bersepah kondom terpakai.....
Sebagai sebuah PBT , MBAS sentiasa menerima aduan orang awam berkenaan kegiatan pelacuran di Lorong Merpati, Alor Setar ini. Sudah banyak kali dibuat operasi meroboh, tetapi ia kembali berulang, disebabkan ada sindiket yang sentiasa bergerak aktif dikawasan persekitaran ini. Jadi terpaksalah MBAS berterusan membanteras kegiatan-kegiatan seperti ini kerana ianya akan memaparkan imej yang amat tidak baik kepada Bandaraya Alor Setar. Aktiviti disini bukan setakat pelacuran tetapi melarat pula pada penyalahgunaan dadah serta penyebaran penyakit aids dan hiv..Difahamkan baru beberapa minggu yg lepas telah berlaku kematian seorang wanita dipondok tersebut akibat aids..Bayangkan berapa banyak pelanggan wanita tersebut yg kemungkinan besar dijangkiti aid/hiv tanpa disedari oleh mereka.. dan apa jadi kalau lelaki itu balik bersama isterinya...bertambah merana lagilah keluarga itu...begitulah ceritanya...

Diantara barang barang yg ditemui ialah berpuluh-puluh 
kondom yg belum digunakan lagi dan peralatan guna dadah. 
bayangkanlah betapa banyaknya pelanggan mereka di
sini dan ada juga aktiviti penyalahgunaan dadah......

Sebab itulah menjadi tanggung jawab MBAS untuk membanteras aktiviti seperti itu. Walaugaimanapun memang sukar untuk membanteras kegiatan seperti ini sepenuhnya , kerana selagi ada pelanggan yang berminat maka ianya boleh ujud dimana saja..MBAS hanya mampu memusnahkan tempat dan premis yang menjadi tumpuan aktiviti tidak bermoral itu. Pokok pangkalnya ia kena balik kepada ajaran agama juga yang boleh menghindari seseorang dari terjebak ke lembah itu.  Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anggota penguatkuasa MBAS dan lain-lain jabatan ...  Jumpa lagi...

Teratak Kasih....

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita