Friday 8 March 2013

Ayuh Kawan2 ... Sumbangan Anda Amat Di Hargai... Tabung Lahad Datu MBAS..

Catatan: Mohd Asri Redha
07 Mac 2013

Salam Sejahtera ... Hari ini saya nak sembang-sembang sikit fasal luar dari PBT. Sebelum itu mari kita sama-sama membaca Surah Al Fatihah... pahalanya kita sedekahkan kepada anggota keselamatan negara kita yang terkorban di Lahad Datu, Sabah dan semua anggota keselamatan yang telah pergi meninggalkan kita terlebh dulu.

Saya tidak mampu untuk pergi berjuang di medan pertempuran.. Sebahagian besar kita semua rakyat Malaysia tidak mampu untuk berjuang menjaga keamaan negara secara fizikalnya.... Saya amat menyedari itu  dan kita semua amat menyedari itu. Kita disini masih senang lenang kehidupan kita tanpa apa masalah... Kita rasa selamat berada dalam kawasan, negeri dan negara kita.. Dari mana  datangnya rasa selamat itu. Tentunya kerana kita tahu anggota keselamatan  negara kita telah berkhidmat dengan baik. Kalau berlaku sebarang insiden pencerobohan luar ke negara kita, siapa lagi yang kita harapkan.. tentunya angota pasukan keselamatan negara kita. Merekalah yang akan duduk dibarisan hadapan menyabung nyawa mempertahankan negara kita yang tercinta.

Insiden di Lahad Datu adalah merupakan contoh terbaik bagaimana seriousnya kejadian ini dan bagaimana tingginya risiko yang terpaksa dihadapi oleh anggota pasukan keselamatan kita. Risikonya ialah kecederaan atau kematian. Bukan kehilangan duit atau harta benda. Kalau mati tidak ada apa yang boleh ditukar ganti. Kalau wang ringgit dan harta benda boleh kita ganti. Kalau cedera dan cacat anggota mana boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Sakit bukan boleh ganti dengan duit ringgit.

Sungguhpun begitu hanya sumbangan wang ringgit dan bantuan kebendaan sahaja yang dapat kita berikan kepada anggota keselamatan yang terkorban. Pengorbanan mereka sebenarnya bukan boleh dinilai dengan wang ringgit. Cuma sebagai rakyat Malaysia yang prihatin... hanya ini sahaja sumbangan kecil warga MBAS dan warga bandaraya ini selain doa dalam memberi sedikit keringanan kepada keluarga-keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban semasa menjalankan tugas menghalang pencerobohan di Lahad Datu.. Semoga Allah mencucuri rahmat NYA kepada mereka yang terlibat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang mati syahid... Amiin....

MBAS telah melancarkan 'Tabung Lahad Datu Perwira Negara' Marilah kita sama menyumbangkan sekadar kemampuan untuk meringankan beban anggota keluarga yang terlibat.. kerana mereka telah terputus tempat pergantungan baik dari segi kasih sayang dan juga sarana kehidupan harian mereka....

Jumpa lagi...... nanti kita akan umumkan jumlah yang dikutip untuk diserahkan kepada yang berkenaan...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita