Monday 1 July 2013

Tahniah KKBPKT .. Atas Penganjuran Hari ICT KBPKT 2013..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 02 Julai 2013

Salam Sejahtera...

Sebenarnya saya nak tulis catatan kali ini tak ada dalam rancangan., tapi semasa berjalan keluar dari bilik seminar di Dewan Kristal , Kementerian Kesejahteraan Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Putrajaya saya terlihat satu peraduan yang dianjurkan oleh urusetia iaitu.. Aktiviti Blogger.. Jadi saya pun ambil kesempatan untuk ambil bahagian sama...  itu yang tulis kelam kabut kat sini, kerana diberi masa 30 sahaja.

Ketua Bahagian TM dan Cik Farah 
dok cuba pasang balik komputer...
   kekok juga tu...
Sebenarnya saya menghadiri jemputan Hari ICT KPKT 2013 di KKBPKT Putrajaya yang diadakan 2 Julai 2013. Banyak aktiviti telah diatur selain perasmian ialah ceramah berkenaan pelbagai aspek berkaitan ICT. Tapi apa yang dapat perhatikan ialah banyak berkaitan  ancaman serangan virus, mallware dan seumpamanya. .. Selain dari itu para peserta didedahkan tentang cara-cara untuk mengatasi serangan serangan berkaitan.  Walaupun saya bukan orang IT dan bukan belajar IT tetapi saya sedar , teknologi maklumat dan internet amatlah berkaitan. Saya tidak dapat lari dari mendekatinya..  Jika tidak, pasti akan ketinggalan . Bukan sahaja berkaitan dengan urusan-urusan rasmi jabatan sahaja tetapi ianya juga dalam kehidupan kita seharian. Semua alat-alat perhubungan telefon canggih-canggih belaka dan memang tidak boleh diabaikan akan serangan-serangan virus dan mallware yang
Sehari sebelum tu. ke PICC, Putrajaya untuk
terima sijil penghargaan atas pengiktirafan
MBAS mendapat Sijil SIRIM Keselamatan 

Pengkalan Data ISMS..
Mencuba kepintaran ujian menaip yang
diaturkan......Bab menaip tak ada
masalah.. boleh score..
bermaharajalela diluar sana. Jika diabaikan besar kemungkinan segala hal-hal rahsia jabatan atau keluarga akan tersebar luas dan kadang-kadang kita sendiri secara tidak sedar menjadi penyebar virus dan mallware tersebut.


Sebab itulah saya sentiasa cuba mempelajari setiap sebasuatu  sekadar ilmu sikit yang saya ada ini dan cara-cara pemahaman orang biasa seperti saya ini...... Nanti kalau ada masa saya akan kemaskini 'posting' ini.. kerana masa dah nak cukup 30 minit....Kalau ada masa nanti saya akan masukkan gambar kat sini dan apa-apa ulasan lanjut berkenaan ceramah yang diadakan nanti...

Salam....

Teratak Kasih

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita