Saturday, 21 September 2013

KECELARUAN MINDA DALAM HAL KEBERSIHAN....

20 July 2009


KeBeRsiHaN ?

Bangun pagi-pagi ni rasa segar sikit. Hari ini cuti umum Israk-Mikraj. Seperti biasalah macam-macam aktiviti keagamaan diadakan diseluruh pelusuk kampong, pekan dan bandar. Tiap-tiap tahun macam tulah dianjurkan. Hasil dan kesannya tidak tahulah macammana. Kisah Rasulullah SWT diperjalankan dari Mekah ke Masjid Al Aqsa dan seterusnya diperjalankan ke langit ditafsir dan diulas oleh para penceramah dan ulamak dalam pelbagai cara dan makna. Saya sendiri tidak berkemampuan untuk mengulas berkenaan Israk-Mikraj ini kerana ini bukan bidang pengetahuan saya secara mendalam. Maka biarkanlah orang yang arif berkenaannya bercakap.

Apa yang saya nak bercakap dan bersembang kali ini adalah berkenaan kebersihan. Ini ada kaitan juga dengna Israk Mikraj ini kerana Rasullullah SWT diangkat oleh Allah SWT untuk disucikan seluruh dirinya lahir dan batin.

Dalam kontek kita sebagai manusia saya cuma nak sentuh aspek-aspek kebersihan yang berada disekeliling kita sahaja.. Nampak mudah aje tapi kadang- kadang manusia tidak berapa ambil kisah akan soal-soala kebersihan, kecantikan, keindahan dan kekemasan. Semua ini ada berkaitan antara satu sama lain yang mana jika ini diberi perhatian sepenuhnya tidak akan ada lagi masalah-masalah pencemaran, masalah alam sekitar, masalah penguatkuasaan dan sebagainya.

Apa makna kebersihan pada setengah-setengah orang....

Maklumat terbaru.. aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan
oleh MBAS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.......
Berdasarkan penemuan ini.. gamakkah anda nak pergi 
menjamu selera kat situ lagi......
Banyak contoh-contoh yang akan saya sentuh berkenaan kebersihan berdasarkan kepada pemerhatian saya sendiri. Kemungkinan apa yang akan saya sentuh nanti akan memberi kesan negatif kepada setengah orang maklumlah terkena batang hidung sendiri. Tapi itulah perkara-perkara seperti ini kita kena cerita juga... Kadang-kadang orang tidak begitu faham maksud kebersihan ini dan langsung tidak dikaitkan dengan akidah dan pegangan agama. Sebab itu kadang-kadang kita tengok kat cermin kereta tu terpampang tulis ' ikut cara Islam' tetapi perbuatan dan kelakuan mereka tidak melambangkan apa yang dilaungkan...


Saya pernah melihat mengekori sebuah kereta yang saya rasa seorang yang beragama juga berdasarkan kepada cara pakaiannya dan slogan ' Mari Bersama Islam' dicermin belakang keretanya. Tetapi alangkah terkejutnya saya bila selamba sahaja pemandu kenderaan tersebut buka tingkap keretanya dan melemparkan sebungkus kulit rambutan dan lain-lain sampah jatuh terburai plastik dan berselerakan atas jalan raya.. Terkejut besar saya....Inikah yang dikatakan mengamalkan cara kehidupan Islam.. Kalau orang bukan Islam tengok macam ni cara gayanya mereka pasti memandang serong akan Islam itu sendiri. Adakah perbuatan buang sampah merata-rata hinggakan menyusahkan orang ramai tidak dianggap sebagai dosa. Adakah Islam itu pada fahamannya melaksanakan sembahyang, mengerjakan Haji, mengucapkan 2 kalimah syahdat, menunaikan zakat dan berpuasa. yang lain-lain itu tidak termasuk dalam kontek amalan Islam.

Bayangkanlah kalau perbuatan tersebut diperhatikan oleh anaknya, maka itulah yang akan difahami oleh anaknya bahawa buang sampah merata-rata, lempar ikut suka sahaja dan akhirnya anaknya akan anggap perbuatan tersebut tidak bersalah. Akhirnya seorang lagi akan berperangai buruk seperti bapanya juga.

Dalam hal ini saya amat mementingkan anak-anak. Merekalah yang akan mewarisi apa yang kita amalkan sekarang ini. Kecil-kecil lagi kita kena asuh dan ajar mereka agar mementingkan kebersihan. Ajar dan tegor mereka masa mereka masih kecil. Anak saya sendiri pun kadang-kadang terlupa juga dan buat perangai macam yang pemandu tadi..Tapi kita kena peringatkan dan tegur selalu sampai satu tahap mereka faham apa makna kebersihan hingga sanggup simpan sampah dalam poket atau beg dan buang bila jumpa tong sampah. Bila sampai peringkat itu, Insya Allah mereka ini bila besar tidak akan menimbulkan masalah. Orang Jepun dan orang Eropah walaupun bukan berugama Islam tetapi mereka amat mementingkan hal-hal berkaitan kebersihan ini. Hinggakan kalau buang puntung rokok pun akan dipandang serong oleh masyarakat sekitarnya. Kita yang berugama Islam ini sudah jelas dalam Al Quran dan AL Hadis yang amat mementingkan kebersihan tetapi tidaka mengamalkan sepenuhnya. Mengapakah perkara ini boleh berlaku..

Satu lagi contoh tidak elok yang saya tengok ialah kesukaan orang kita buang sampah tepi sungai. Tak tahulah fasal apa? ..Sepanjang perjalanan saya nak pergi ke tempat kerja dari Alor Setar ke Air Hitam, Jerlun waktu kerja kat situ, saya akan melalui beberapa batang sungai yang elok airnya. Malangya boleh dikatakan sebahagian besar rumah-rumah ditepi sungai tersebut ada melonggokkan sampah ditebing sungai. Bila air sungaii naik akan dibawa hanyut sekali sampah-sampah tersebut dan dibawa ke laut dan akhirnya laut jadi mangsa dimana disitulah juga punca rezeki nelayan-nelayan kita. Bayangkanlah kalau sungai tercemar dan pergi ke laut juga tercemar dan ikan dan sgala kehidup laut akan terjejas teruk. Adakah mereka ini sedar akan perbuatan mereka ini yang suka buang sampah ke dalam sungai. Susah sangatkah untuk melupuskan sampah-sampah tersebut. Adakah sungai dianggap sebagai tempat melonggokkan sampah..? Sepatutnya sungai dijadiikan tempat rekreasi untuk menghilangkan tekanan perasaan dengan melihat kejernihan airnya, mendengar deruan airnya dan merasai kesejukan airnya. Sungai juga menjadi tempat mencari rezeki selain laut. Bayangkan berapa banyak implikasi negatif yang ditimbulkan akibat pembuangan sampah-sampah ke dalam sungai. Yang terlibat itu bukan orang sebarangan, ada yang tok-tok guru, pak haji, pak lebai, orang alim, orang berpendidikan tinggi dan sebagainya tetapi perangai buang sampah cara ni langsung tidak boleh pakai dan tidak menggambarkan peribdi mereka yang dipandang tinggi disisi masyarakat.

Tidak bolehkah sampah-sampah itu dibuang dalam lubang, atau dibakar sahaja dibelakang rumah atau dibungkus elok-elok dan diobaa ke tong sampah yang berdekatan yang dibawa ketapak pelupusan sampah. Bukan tidak ada tempat yang hendak dibuang, banyak tanah belakang rumah penuh dengan semak-semak sahaja tanpa terurus. Fahaman mereka biarlah bersih keliling rumah kita , yang luar kawasan rumah kita biarpi apa nak jadi, ysng penting rumah kita bersih....boleh pakai ke orang seperti ini?

Ini hal-hal kebersihan yang jika tidak diamalkan dengan betul akan memberi kesan kepada orang lain. Orang lain yang akan mendapat sengsaranya.

Dalam rumah juga perlu diberi perhatiaan juga. Bilik air, dapur, sekitar dalam rumah, sekitar kawasan rumah dan luar kawasan rumah perlu diberi perhatian sepenuhnya dalam menjaga kebersihan.... Setengah-setengah orang tidak berapa ambil kisah sangat kebersihan bilik air dimana mangkuk tandas dibiarkan berdaki, tapi gamak boleh letak punggung dan berak, lantai dan dinding dibiarkan berlendir penuh dengan rambut dan sisa-sisa mandi dan sebagainya. Ini kena ada sifat ringan tulang. Biasakan diri ambil masa 2 atau 3 minat sahaja untuk cuci tempat-tempat dalam tandas tersebut. Sambil-sambil mandi boleh buat kerja tersebut. Antara mahu atau tidak mahu sahaja. Saya memang tidak boleh terima tandas-tandas yang busuk tidak terurus tersebut. Anak-anak kena dilatih selalu supaya belajar cuci bilik air sendiri dan bilik air dalam rumah, saya sendiri puas ajar juga anak-anak saya untuk membolehkan mereka memahami apa yang dimaksudkana. Itupun kadang-kadang puas bersuruh juga baru buat. Saya tidak akan berputus asa sehingga mereka memahami apa maksud kebersihan dalam konteks keagamaan. Maklumlah anak-anak ni kadang-kadang mereka berkira sesama adik beradik, biasalah. Akhirnya bapa atau maknya juga yang buat. Bagi saya tu sepatutnya tempat yang elok dan biar kita tenang bila ada dalam bilik, bukan tempat untuk buang najis sahaja... Saya kalau ada duit lebih nanti, pasti akan buat lain bagi elok sikit bilik air itu, jadi kita boleh duduk lama-lama dalam bilik air rumah.

Pernah selalu saya cuci sendiri bilik air pejabat yang pernah saya kerja, tapi buat waktu luar pejabat saja, nanti orang tengok kata wayar putus pula...tidak pernah-pernah orang buat, saya pi buat. Bagi saya ini tidak kisah sangat asalkan pejabat kita bersih dan kawasan persekitaran kita bersih. Tapi nak bagi orang faham maksud bersih..inilah yang susah. Itulah nampaknya pejabat tidak dapat bagi elok dan bersih serta kemas sepenuhnya kerana ini memerlukan kerajinan sikit dan peka dengan keadaan sekeliling. Begitu juga di masjid-masjid. Tempat kita beribadat dan rumah Allah, tapi pergilah tinjau-tinjau tandas yang ada, memang sebahagian besar agak teruk tidak terurus. Bukanlah minta yang mahal-mahal nak buat bagi bersih, cukup sekadar cuci dan jaga bagi bersih. .. Itu sahaja, apa yang susah sangat.

Persekitaran rumah juga perlu diberi perhatian dari segi kebersihanl. Sampah-sampah jangan dibiarkan merata-rata. Tidak kiralah samada rumah kampong yang tanahnya luas atau taman perumahan yang tanahnya agak kecil. yang pentingnya kebersihan kena jaga.
Bagi saya kebersihan tidak ada kaitan dengan kemiskinan. Ada banyak orang beranggapan rumah terok kerana ia miskin. Ini pendapat yang tidak boleh terima.
Saya pernah pergi melawat rumah-rumah orang miskin untuk dipertimbangkan diberi bantuan rumah baru atau baiki rumah.



Cubalah tengok rumah orang kurang berkemampuan. Minta bantuan rumah. Orangnya muda lagi dan isterinyapun muda juga dan mempunyai anak seorang. Tengoklah keadaan sekeliling rumahnya...macam tempat buang sampah..apa pandangan pembaca sekalian..Susah sangatkah untuk bersihkan kawasan rumah sekelilingnya dan dalam rumah juga. Kalau lihat dalam rumah lagi terok keadaannya..




Sedih tengok dengan keadaan rumah tersebut. Bukan sedih kerana tengok rumah yang dhaif tetapi sedih kerana mereka langsung tidak mengamalkan kebersihan. Mengamalkan kebersihan tidak memerlukan duit belanja. Bayangkan rumput dibiarkan berkeliaran sekitar rumah yang hampir sama tinggi dengan tingkap rumah, hanya ada laluan lorong masuk kerumah sahaja tidak berumput, itupun sebab dok lalu selalu. Sampah-sampah berselerakan dalam rumah dan diluar rumah. Amat kotor dan menjijikkan. Hanya satu sahaja yang saya boleh katakan kepada tuan rumah dan isterinya iaitu memang 'penyegan' Bukanlah susah sangat nak cuci potong rumput sekitar rumah, kemas dan cuci dalam rumahpun tidak perlu pelajaran tinggi dan duit pun, tapi tidak buat. Mereka ni bukannya tua dan cacat anggota. Inilah mentaliti kebanyakan pemohon bantuan kerajaan. Boleh dikatakan semuanya begitu. Lebih 17 tahun berurusan dengan orang-orang kampong, saya boleh berani katakan begitu.

Itu tidak apa lagi, lepas kita bagi bantuan rumah baru, setahun atau dua tahun lagi kita pergi melawat semula boleh dikatakan rumah itupun sudah nampak usaang, macam rumah lama yang dulu juga, kotor dan tidak terurus, sampai anai-anai naik kesiling pun tidak terasa nak dimusnahkan..

Berbalik kepada kebersihan pejabat pula...Inipun nak kena cerita juga. Lebih 10 pejabat saya bekerja..Macam-macam perangai dan kelakuan dapat dilihat. Kadang-kadang tu anak buah tidak berapa faham apa itu kebersihan dan apa itu keindahan. Betullah sepertimana kata tuan DO Sik, Tn Hj Azmi kadang-kadang fahaman seseorang itu berkenaan kebersihan adalah berlainan dengan orang lain. Kalau budaya dirumahnya tidak berapa kisah sangat berkenaan kebersihan maka tabiat ini akan terbawa-bawa ke pejabat atau ketempat kerja. Kalau dirumahnya sawang-sawang labah penuh kat dinding dan siling maka dipejabatpun macam tu juga. Dia tidak akan kisah sangat untuk cuci atau sapu sawang. Begitu juga dengan cermin-cermin tingkap pejabat , lantai pejabat, bilik-bilik setor yang berabok dan berselerak, bilik air yang berbau busuk dan sebagainya. Baginya itu semua tidak beri apa-apa makna kepadanya.. Baginya biasa aje. Dia masih lagi selesa bekerja dalam keadaan tempat kerja yang semak, berabuk, kotor, berbau, kertas-kertas buruk dan lama bawah meja dan sebagainya.. Tegorpilah berapa kalipun, macam tulah. Bila buat gotong royong, tolonglah sekejap dan eloklah sekejap lepas tu balik asal.. Takkan nak tunggu gotong royong atau ketua arah baru nak buat.. Pakat-pakatlah kita buat sebagai satu pasukan dalam jabatan kita.

Dulu-dulu kalau ofis boy tu memang tau kerja mereka, tolong buat macam-macam, dahlah mai awal, sapu lantai, cuci bilik air, tengok apa yang patut dalam bilik bos nak vacuum ke, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Tetapi sejak kebelakangan ini dah tidak jadi macam itu lagi. Walaupun dalam senarai tugas ada dinyatakan, tapi tidak dibuat semua. Nak kena tegor dan nak kena suruh barulah dibuat.. Itulah yang berlaku dalam mana-mana pejabatpun.

Begitu jugalah dengan penjagaan kereta jabatan. Ada yang rajin dan ada yang tidak berapa nak kisah fasal kebersihan kenderaan jabatan. Kadang-kadang sedih tengok kereta atau lori masih baru lagi tapi kerana perangai penyegan pemandu maka nampak terok sangat kenderaan tersebut. Bukan tidak ada masa nak cuci tapi memang dah macam tu. Kadang-kadang tu seminggu berapa kali sangat keluar guna kenderaan. Hari-hari lain tu duduk berehat kat pejabat aje. Itupun kira bagus juga duduk kat pejabat. Ada setengah-setengah tu ghaib hilang begitu aje.Pernah satu ketika waktu kerja kat sebuah pihak berkuasa tempatan saya buat pemereksaan mengejut lori sampah. Lori tu baru lagi tapi kalau tengok tempat driver dan kalendannya tempat letak kaki dibawahnya dah dekat 3 inci tebal dengan sampah kertas, tin dan sebagainya. Mentang-mentanglah lori sampah tapi takkanlah sampai lori itu nak dijadikan sampah. Tapi itulaha keadaannya mereka tidak kisah bekerja dalam suasana begitu.. Boleh jadi mereka fikir itu bukan harta mereka, jadi nak gaduh apa... Sedangkan dia tidak sedar bahawa itulah satu-satunya pekerjaannya yang memberikannya pendapatan dan untuk belanja keluarganya. Bagi saya kenderaan yang kita jaga kena selalu bersih. Petang-petang sebelum balik rumah, cuci dulu apa yang patut. tidak susah manapun, tak payahlah nak tunggu beli pam penyembur air baru nak cuci. Itupun setengah-tengah tu hebat lagi bawa pergi bengkel cuci kereta dan balik 'claim' kat ofis...cubalah anggap cuci kereta tu sebagai senaman, bukan kah ok...keluar juga peloh masin dan masam kita.

Kebersihan dan kekemasan kena ada dalam bekerja. Ianya sebenarnya kena datang dari hati sendiri, laratkah nak kena tegor dan berleter selalu minta buat itu dan ini untuk kebaikan kita. Kadang-kadang itu saya tengok kertas fail dah 'relah' atau carik, rosak terok , lusuh fasal lama sangat, itu pun duduk gagah guna juga arak sana arak sini sebab fail itu aktif. Tidak bolehkah ringankan tangan tukar kulit fail dan tulis apa yang patut bagi elok nampak macam baru.. Duduk atas meja kerja kita tidaklah semak sangat. Kadang-kadang tengok fail buruk dan lusuh atas meja naik susah hati juga kita..Meja tu herot petot, lama tidak disusun bagi elok.. pun nak kena tegor juga...

kita kena bagi ceria setiap hari. Jangan bagi ada 'tension' dalam kehidupan harian kita...buat apa-apapun kena fikir panjang jangan bagi timbul masalah kepada diri sendiri dan orang lain... Kadang-kadang tu terfikir juga kenapa jadi begitu...rasanya kita ni dok berkira sangat kut. Berkira fasal tenaga, wang ringgit, berkira fasal orang lain tidak ada kerja banyak, berkira fasal orang lain kerja mudah, berkira fasal orang lain gaji lebih kerja kurang, berkira fasal macam-macam lagi ....Akhirnya tidak mahu buat apa-apa dan kadang-kadang dia terlupa kerja tu tersebut adalah memang tugas hakikinya.

Apa lagi nak cerita ya fasal kebersihan yang berada dipersekitaran kita.... ya baru teringat.. lama dah nak cerita dan nak celoteh fasal kebersihan kedai makan...kedai makan ada macam-macam seperti restoren, gerai tolak, gerai tepi jalan, gerai biasa, pub, cafe dan macam-macam nama lagi. Yang penting semua itu tempat kita pergi makan-makan. Jadi kalau benda makan maka ianya kenalah bersih segala-galanya baik dari segi tuan tubuh penyedia dan pelayan makanan itu sendiri peralatan makanan, kebersihan kedai dan sebagainya.

Ada setengah kedai makan begitu mengabaikan kebersihan walaupun makanannya sedap.. belanjalah sikit untuk kebersihan. Saya amat prihatin tentang fasal makan kat luar rumah ni.. Kalau tidak kerana terdesak sangat saya tidak akan masuk kedai-kedai makan yang pengotor. Antara kedai yang tidak jaga kebersihan bolehlah saya senaraikan disini iaitu:-

Pegang makanan dengan tangan.. Ini kat kedai mamak nasi kandar kerap jadi macam tu. Ada setengah tu guna juga sarung tangan plastik..kira oklah juga.. Ini tidak.. tangan itulah yang dia guna untuk ambil makanan dan lauk pauk, tangan itu jugalah kira duit, tangan itulah juga garu sana garu sini, lepas tu bersembang rioh rendah dengan pekerja-pekerja hingga tersembur air lior ke dalam lauk pauk yang ada dihadapan.. Tidak percaya pergilah tengok sendiri.. Naik 'mengkelan' tengok..Itupun orang masih beratur panjang untuk makan nasi kandar mamak tersebut. Ada juga yang jual/buat popia pakai 'sauk' dengan tangan sahaja untuk banda-benda makan yang hendak dimasuk dalam popia tersebut. ..'tersentot' selera walaupun orang kata popia itu sedap sangat. Ini semua ada kat kedai mamak, kedai melayu, kedai cina dan kedai india...

Satu lagi yang saya tengok ialah kebersihan tempat kedai itu sendiri samada diluar dan dalam kedai makan. Kalau gerai tepi jalan lagilah terok. Kadang-kadang jualan bukan tidak laku tapi tabiat orang kita tidak mahu belanja langsung untuk beli peralatan yang elok sikit. Ini kalau kata gerai tepi jalan tu, cuma pakai kerusi buruk dan mejapun berlumut dan guna seadanya sahaja. Boleh tengok meja tu hitam dan kotor. Nak letak tanganpun tidak tergamak. Mula-mula pakai kereta tolak. Pagi tolak pi tempat berniaga dan petang/malamnya tolak balik kerumah. Tapi lama-lama perangai penyegannya mula mai. Apatahlagi penguatkuasa bandaran tidak pernah mai tegor, maka dia mula tinggalkan kereta tolaknya kat situ dan lama-lama roda kereta tolaktupun tenggelam kat situ...Peniaga yang macam inilah yang menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan...Mereka inilah yang mencemarkan pemandangan ditepi jalan raya dan kadang-kadang duduk ditempat yang merbahaya.

Kadang-kadang orang bandaran bukanlah zalim sangat tidak mahu bagi orang berniaga, lebih-lebih lagi dizaman gawat ini., tapi kelakuan dan sikap pengotor setengah-setengah peniaga memang mengundang kemarahan orang ramai. Cubalah amalkan kebersihan sikit, cuci dan bersih kawasan tempat berniaga dan kawsan persekitarannya, jangan bagi ada sikitpun sampah sarap kat situ. Apa yang saya nampak kalau dia cuci bersihpun hanya dalam kedai/gerainya sahaja yang disebelah luar tu tidak ambil kisahnya...memang tabiat orang kita macam tu...berkira sangat...Cubalah dia amalkan kebersihan 100% luar dan dalan dan buat bagi nampak cantik sikit, dan duduk ditepi jalan yang agak tidak membahayakan keselamatan orang ramai saya rasa orang bandaranpun tidak tergamak nak halau begitu sahaja kalau tidak perlu sangat..Dalam bangunan restoranpun samalah juga. Cubalah pergi tengok bilik air mereka..bau busuk hapak..letak pula didapur..Disitulah tempat cuci segala barang untuk memasak, disitulah tempat untuk mamasak dan sebagainya...bayangkanlah...nak tau taukeh tidak kisah atau tidak restorannya tengoklah kepala paip air kat sink basuk tangah...Nampak berdaki hitam dan berlendir saja kepala paip air tersebut, apatah lagi sinki tersebut...berlumut dan berdaki tidak pernah dicuci... Sayang sekali kerana ada setengah restoran atau kedai makan tersebut memang sedap makanannya dan memang ada ramai pelanggan, tetapi akan lebih elok dan baik lagi kalau ditambah mengutamakan kebersihan.


Ok....ada lagi nak taip , tapi saya henti kat sini dulu, ada urusan lain yang perlu dibereskan

Sebelum berundur baca pilah keratan akhbar yang dilampirkan ini. Semoga menjadi panduan dan ingatan kita..Susah juga nak ikut kalau pemikiran tidak mahu berubah....

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita