Sunday 15 September 2013

Semua Orang Suka Keindahan, Kecantikan, Kebersihan .... Hari Landskap Negara....

MBAS telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada
hari tersebut di Taman Mergong Jaya.. Begitu ramai yang
datang berurusan dengan MBAS samada datang membayar
cukai pintu, meyelesaikan denda kompoun, mendapatkan
khidat nasihat dan sebagainya. Pengunjung diberikan
cenderamata yang menarik untuk ole-ole dibawa pulang..

Macam biasalah gambar penulis mesti ada .. ini didepan
khemah Hari Bertemu Pelanggan MBAS....


Catatan: Mohd Asri Redha

Sebenarnya hari ini saya nak tulis yang indah-indah belaka.. sebab tajukpun fasal indah, bersih dan cantik. Oklah... cuma nak cerita fasal aktiviti MBAS juga . Pelancaran Hari Landskap Negara Peringkat Nasional telah diadakan pada 03 Mac 2013. Tempatnya ialah di Taman Awam, Taman Mergong Jaya, Jalan Putera. Program ini diadakan hasil kerjasama antara Majlis Bandaraya Alor Setar dengan Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini menampakkan kejayaannya kerana melibatkan semua kelompok masyarakat dan jabatan serta pelbagai agensi. Lebih 1000 orang telah hadir ke majlis tersebut.Sengaja saya paparkan keratan akhbar terkini yang menjelaskan lagi akan program ini.


Cuma saya amat berminat dengan landskap. Sebab dengan keindahan landskap akan membawa kepada ketenangan pada diri kita. Betul tak.... Sebab itu kita suka tengok tempat-tempat yang indah-indah dan menarik... kerana ia memberi kegembiraan dan ketenangan. Kalau begitu kenapalah ramai yang tidak mengambil berat akan keindahan landskap dipersekitaran kita.... Rasanya ianya tidak memerlukan belanja yang besarpun untuk melaksanakan dikawasan perumahan masing-masing...... disamping itu perkara penting yang menambahkan kecantikan dan keindahan sesuatu tempat ialah menjaga kebersihan. Kalau bersih segala-galanya secara automatik mesti nampak menarik tempat kita...

Sebelum saya berhenti menulis, saya mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak buah saya yang telah bertungkus lumus sejak sekian lama bagi menjayakan program yang amat penting. Kejayaan MBAS melaksanakan program ni telah memberi imej yang amat baik. Disamping itu hubungan MBAS dengan Jabatan Landskap Negara makin bertambah erat. Inilah yang kita harapkan kerana kita memerlukan jabatan-jabatan seperti itu dalam membantu MBAS mempertingkatkan lagi kecantikan landskap di Bandaraya Alor Setar ini. Begitu juga dengan semua jabatan-jabatan yang terlibat mengambil bahagian dan membantu menjayakan setiap perancangan yang diatur amatlah dihargai. Marilah kita semua menghargai alam sekitar kita, dan menghargai landskap yang menarik.........

Ok permisi dulu..

Teratak Kasih..












No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita