Friday, 10 January 2014

KEMESRAA N TERJALIN DI MALAM MESRA MBAS 2013 ... .MERIAH..

Catatan : Mohd Asri  Redha
Tarikh: 10 Januari 2014
Bacalah dengan nama Tuhan Mu .. Al Fatihah... Amiin


Peserta ni kalau biar kat dia.. 3 jam dia blh dok kat pentas tu..
...tp memang berbakat juga engineer ni..  bukan yg
sebelah kanan tu.. saya berkenan tang seluarnya..
tu... mana depa cari...
Assalaamualaikum WRT.. buat saudara-saudara ku yang dimuliakan Allah SWT dan anak-anak buah saya di MBAS... Dah lebih 2 minggu tidak menulis kat dlm blog ni.. terasa gatal pula jari-jari ini kalau tidak digaru dengan punat-punat keyboard komputer ni... Jadi saya nak menulis ni.. jangan pula jemu-jemu membaca cerita-cerita saya.. santai-santai saja.
tengoklah tu  .. .. berkemerahan segalanya.. Ada yg
pi tempah khas buat pakaian nak bagi ikut konsep..
Sakan depa nii................

Kumpulan Dikir Barat Segera... tak apala... segera
pun segera lah.. janji tunjuk bakat juga... 
Pada 30 Disember 2013 MBAS telah berjaya mengadakan satu program yang amat bermakna pada seluruh kakitangan MBAS. Program seperti ini memang tidak pernah dibuat lagi seperti yang dimaklumkan. Kalau dibuatpun hanya melibatkan kelompok yang kecil sahaja, tapi kali ini melibatkan seluruh anggota kerja Majlis Bandaraya Alor Setar. Jadi MBAS menutup tirai 2013 dengan mengadakan Jamuan Malam Mesra yang melibatkan seluruh anggota MBAS di Dewan Besar MBAS.

Saya amat seronok sekali kerana program yang dibuat ini mendapat sambutan yang amat baik dari anak-anak buah saya. Saya kata mendapat sambutan amat baik  adalah kerana sebahagian besar yang datang ke program Malam Mesra MBAS ini datang dengan patuh sepenuhnya dan mematuhi konsep berpakaian yang ditetapkan.. Itu yang nampak segalanya kemerahan dan kehitaman belaka, kerana urusetia telah menetapkan thema Malam Mesra MBAS ini ialah  Merah Hitam. Jadi bila saya tengok semua boleh ikut, maka tentunya mereka berminat datang dan sama-sama 'enjoy' dimajlis yang santai ini. Sudah tentu jalinan kerjasama dan talian silaturrahim sesama anak-anak buah akan bertambah erat lagi.  ada yang pakai merah dan hitam merelit-relit macam dalam Majlis Anugerah Bintang Bintang Popular pula.. Masing-masing melaram sakan malam tu... kalau yang wanita tu nampak comey-comey pula.. walaupun ada yang berumur macam saya.. Yang muda tu tentunya lagi comey. Yang lelaki pula tu... segak bergaya macam-macam style... tapi tetap merah hitam juga... Sayapun ada juga baju merah garang  merelit-relit kat rumah.. menyesal pula tak pakai..kalau tidak ni  boleh dapat anugerah pakaian terbaik....  Dulu-dulupun saya suka pakai baju-baju yang warna garang-garang walau jarang orang pakai.

Sayapun tumpang juga sekaki.. Berlagak
sangat tak mau berlatih betui2.Akhirnya
lupa lirik. Lirik depan matapun tak blh 
nampak. Nasib baik Band Tentera Darat 
Msia yan/g diundang khas dari KL.. 
memahami yg menyanyi ni tak tera 
mana pun... lagak saja yg lebih....

Mantan Datuk Bandar Pertama,.....  Dato' Wira 
Hj Yusof Nayan turut memeriahkan majlis ini..
Sebenarnya bermacam-macam cara dok fikir macam mana lagi untuk mengeratkan talian silaturrahim antara sesama anggota disamping memberi penghargaan kepada semua anggota MBAS yang begitu ramai ini.. Jamuan Malam Mesra ini adalah salah satu jambatan yang ada untuk maksud diatas... Selain itu diaturkan juga persembahan bakat-bakat dikalangan anggota MBAS samada menyanyi, sketsa, berdrama dan lain-lain lagi.. Mula-mula tu biasalah malu-malu dan ada yang sampai tak mahu ambil bahagian. Jenuh pihak urusetia memikirkan pelan lain kalau tidak ada persembahan kakitangan. Namun pada akhirnya sampai tidak cukup masa pula untuk masukkan slot persembahan anak buah.  Yang penting disini bukanlah nak tengok sangat kehebatan membuat persembahan seperti pelakon drama terkenal atau penyanyi yang sudah popular... tp penglibatan anak-anak buah itu yang penting. Pakat-pakat bekerjasama dalam mengadakan persembahan, itu yang penting. Suara sumbang ka, lupa lirik ka , tak kisahlah yang penting kita semua kena 'sporting'..
Datuk Bandar sedang membuat cabutan bertuan.. 
hadiah memang bernilai........

Selain itu diadakan juga cabutan bertuah barangan berharga dan juga sambil santai-santai memilih personaliti-personaliti unik yang ada dikalangan anggota MBAS untuk diberikan hadiah khas. Semua ini menambahkan lagi kemeriahan Malam MEsra ini.

Datuk Bandar MBAS.. Dato' Hj Mat Noh Ahmad telah sudi menyampaikan ucapan dan amanat beliau di malam tersebut dimana beliau melahirkan rasa gembira atas kerjasama semua anggota dalam menjayakan majlis Malam Mesra ini. Beliau juga dengan panjang lebar telah menjelaskan lagi akan kejayaan-kejayaan dan anugerah-anugerah yang diterima oleh MBAS diperingkat internasional, negara dan negeri sepanjang tahun 2013..  Banyak kejayaan dan anugerah yang telah dicapai oleh MBAS seperti anugerah 5 bintang laman web, anugerah 4 bintang ( jangkaan MBAS berdasarkan komen pihak panel penilai), Anugerah 5S , Anugerah ISMS dan lain-lain lagi. Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil kerjasama semua anggota MBAS bukan kejayaan seseorang. Beliau berharap dengan kejayaaan yang diperolehi ini akan menyemarakkan lagi usaha anggota MBAS untuk mempertingkatkan lagi prestasi pada tahun 2014 agar kejayaan yang lebih hebat lagi menyusul. Beliau percaya dengan semangat kerja berpasukan dan saling kerjasama semua bahagian dan unit yang ada dalam organisasi MBAS ini akan memberikan kesan yang lebih hebat kearah kejayaan yang berterusan.... terima kasih pada semua yang hadir dan menjayakan Program Majlis Malam Mesra ini... kalau sambutan bagus boleh atur lagi... tapi mungkin saya dah bertukar ke jabatan lain kut....

Terima kasih...


Teratak Kasih...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita