Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 07 Januari 2014
Bacalah dengan nama Tuhan Mu.... Al Fatihah... amiin
Assalaamualaikum WRT.. buat semua pembaca blog saya ini... khususnya anak-anak buah saya di MBAS....
Tak lupa juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2014.. bertambah lagilah umur kita... begitu cepat masa berlalu.. sedar tidak sedar sudah lebih 1 tahun 4 bulan saya bersama warga MBAS ini... masih baru lagi.. banyak lagi yang perlu belajar, anak-anak buah pun tak kenal habis lagi.. apatah lagi nak ingat nama-nama mereka..... rasanya sampai bertukar jabatan nantipun tak kesampaian untuk mengenali semua anggota MBAS apatah lagi nak ingat nama-nama tu.. minta maaf banyak-banyak..
Tahun 2013, Majlis Bandaraya Alor Setar telah dianugerahkan Sijil ISMS.. Sijil 'Information Security Management System' oleh Sirim QAS International Sdn Bhd. ( Lengkapnya: Information Security Management System MS ISO/IEC/27001:2007 2012/2013)
Sijil ini merupakan satu pengikhtirafan oleh agensi penilaian antarabangsa terhadap sistem keselamatan teknologi maklumat sesebuah organisasi. Ini bermakna apa yang diperolehi ini bukan sesuatu yang mudah. Untuk mendapat pengiktirafan ini bukanlah mudah kerana banyak aspek-aspek yang terlalu teknikal yang perlu disedia dan dipatuhi. Banyak prosedur dan peraturan perlu dituruti dan dikemaskini. Jika tidak mematuhi prosedur yang ditentukan, jangan harap untuk mendapat sijil tersebut. Sebab itulah tidak banyak organisasi yang mahu memohon sijil tersebut. Renyah, terlalu teknikal, kos yang tinggi, terlalu ketat, pematuhan 100% prosedur, masa yang banyak diambil dll adalah antara halangan utk mendapatkan sijil ini. Kalau tidak ada kesabaran memang tidak boleh dapat sijil ini.
Pada 26 Disember 2013.. MBAS telah dikunjungi oleh Sirim QAS International Sdn Bhd, untuk membuat penilaian semula terhadap segala prosedur dan tindakan yang telah dibuat berkaitan pematuhan standard kelulusan ISMS untuk tahun ke 2. Sijil ISMS tersebut sebenarnya berkuatkuasa sehingga 21 Disember 2015. Namun setiap tahun SIRIM perlu buat audit untuk memastikan pematuhan kepada prosedur dan penambahbaikan kepada tegoran yang dibuat sebelum ini. Sebab itu penilaian semula perlu dibuat . Saya amat mengharapkan sijil yang diterima ini kekal terbaik dan disahkan sebaik mungkin memandangkan sudah banyak usaha penambahbaikan telah dibuat oleh MBAS kearah keselamatan maklumat dan fizikal penyimpanan maklumat tersebut yang lebih baik lagi..
Sekali lagi saya ingin nyatakan faktor utama untuk kejayaan yang lebih besar ialah kerjasama antara semua anggota MBAS. Kita mengejar kejayaan jika niat kita betul bermakna kita mengejar rahmat Allah. Semua anggota bekerjasama untuk mengejar rahmat Allah itu. Orang yang bekerjasama tidak akan berdengki antara satu sama lain. Orang yang bekerjasama akan sayang menyayangi antara satu sama lain. Orang yang bekerjasama sentiasa berhikmah dan ikhlas, apa2 yg dilakukan tidak mengharapkan apa2 balasan. Mereka sentiasa memikirkan apakah lagi yang boleh
Semasa saya menulis blog ini, saya baru sahaja terima 2 surat kelulusan atau sijil pengiktirafan 'Standard Requirement Of Quality Enviroment Management System' atau 5S dari MPC dan Sijil Penarafan 5 bintang terhadap Laman Web MBAS. Ini menunjukkan MBAS bukanlah lekeh ... Walau dengan segala macam halangan terutama sumber manusia yang kurang dan kewangan yang terhad tetapi itu bukan satu halangan yang melemahkan semangat diri tetapi MBAS masih mampu memperolehi pelbagai penganugerahan dan pengiktiran oleh pihak diluar sana... Oleh itu jadikan ini sebagai satu faktor pendorong kepada semua anggota MBAS untuk terus maju dan menjadi salah satu PBT yang dihormati.....
Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2014 ini MBAS akan dapat sekali lagi pengiktirafan ini dengan markah yang lebih baik lagi... Al Fatihah... Amiiin...
Tarikh: 07 Januari 2014
Bacalah dengan nama Tuhan Mu.... Al Fatihah... amiin
Assalaamualaikum WRT.. buat semua pembaca blog saya ini... khususnya anak-anak buah saya di MBAS....
Tak lupa juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2014.. bertambah lagilah umur kita... begitu cepat masa berlalu.. sedar tidak sedar sudah lebih 1 tahun 4 bulan saya bersama warga MBAS ini... masih baru lagi.. banyak lagi yang perlu belajar, anak-anak buah pun tak kenal habis lagi.. apatah lagi nak ingat nama-nama mereka..... rasanya sampai bertukar jabatan nantipun tak kesampaian untuk mengenali semua anggota MBAS apatah lagi nak ingat nama-nama tu.. minta maaf banyak-banyak..
Pasukan Audit ISMS dari SIRIM bersama Ketua Audit
Dalam MBAS...
|
Sijil ini merupakan satu pengikhtirafan oleh agensi penilaian antarabangsa terhadap sistem keselamatan teknologi maklumat sesebuah organisasi. Ini bermakna apa yang diperolehi ini bukan sesuatu yang mudah. Untuk mendapat pengiktirafan ini bukanlah mudah kerana banyak aspek-aspek yang terlalu teknikal yang perlu disedia dan dipatuhi. Banyak prosedur dan peraturan perlu dituruti dan dikemaskini. Jika tidak mematuhi prosedur yang ditentukan, jangan harap untuk mendapat sijil tersebut. Sebab itulah tidak banyak organisasi yang mahu memohon sijil tersebut. Renyah, terlalu teknikal, kos yang tinggi, terlalu ketat, pematuhan 100% prosedur, masa yang banyak diambil dll adalah antara halangan utk mendapatkan sijil ini. Kalau tidak ada kesabaran memang tidak boleh dapat sijil ini.
Anggota MBAS yang hadir semasa taklimat & penerangan
oleh Ketua Panel Auditor Penilai ISMS.
|
Ketua Panel Penilai Auditor dari Sirim QAS Int Sdn Bhd
sdg membentangkan hasil penilaian mereka pada sessi
'exit conference' tersebut.
|
Semasa saya menulis blog ini, saya baru sahaja terima 2 surat kelulusan atau sijil pengiktirafan 'Standard Requirement Of Quality Enviroment Management System' atau 5S dari MPC dan Sijil Penarafan 5 bintang terhadap Laman Web MBAS. Ini menunjukkan MBAS bukanlah lekeh ... Walau dengan segala macam halangan terutama sumber manusia yang kurang dan kewangan yang terhad tetapi itu bukan satu halangan yang melemahkan semangat diri tetapi MBAS masih mampu memperolehi pelbagai penganugerahan dan pengiktiran oleh pihak diluar sana... Oleh itu jadikan ini sebagai satu faktor pendorong kepada semua anggota MBAS untuk terus maju dan menjadi salah satu PBT yang dihormati.....
Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2014 ini MBAS akan dapat sekali lagi pengiktirafan ini dengan markah yang lebih baik lagi... Al Fatihah... Amiiin...
No comments:
Post a Comment