Friday 27 June 2014

Anggota Kontrak.. Penting Dalam Kecemerlangan MBAS

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 26.Jun 2014
Tempat: UTC

Assalaamualaikum wrt.. buat sahabat blog saya.. masih membacakah.. bagus2. Teruskan membaca. Walaupun catatan saya ni bukanlah menarik sangat.. tp sesuai juga utk ingatan kita semua.. jadi bukan paksaan untuk mahu membacanya.....
Hari ini hari pertama berpuasa... saya doakan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik sepanjang bulan puasa ni...

Pada 26.06.14, saya mengadakan perjumpaan dengan semua angota-anggota baru kakitangan kontrak MBAS. Mereka ini berjumlah 56 orang terdiri dari 16 Pembantu Tadbir dan 40 orang dari Pembantu Awam (Gred H11)  Ramai tu.. Pengisian jawatan-jawatan ini sahaja akan meningkatkan perbelanjaan MBAS hampir RM150k sebulan. Hampir sebulan mereka diambil bekerja baru hari tersebut saya dapat bersemuka.. semasa tempoh ini saya atorkan Pembantu Awam kerja dlm bentuk berpasukan dulu.. hari2 mereka diaturkan selesaikan kerja disatu2 tempat seperti cuci longkang, bersih kawasan, bersih medan selera, mesin rumput dan segala macam kerja2 yg berat2 juga.. biar mereka didedahkan dgn kerja yg berat2 agar irulah situasinya kerja yg kena dibuat.

Sebenarnya bilangan yang ramai itu bukan bermaksud menambahkan anggota kerja MBAS. Bilangan itu hanya mengisi kekosongan kakitangan yang tamat perkhidmatan, yang dibuang kerja yang berpencen dan yang naik pangkat. Hanya pengisian semula sahaja. Memandangkan tidak pernah dibuat pengambilan baru sejak 3 tahun yang lalu, itu yang nampak banyak sangat tu.. Walaupun ada kekosongan jawatan tetap, tetapi saya lebih berminat untuk mengambil anggota pkt awal sebagai kakitangan kontrak dulu, kerana melalui ini baru kita boleh membuat penilaian secara yang lebih tepat lagi samada untuk ditawar mohon jawatan tetap atau tidak. Prestasi kakitangan boleh dinilai dengan lebih munasabah melalu kerja-kerja mereka semasa dalam tempoh kontrak itu. Jadi bila masuk jawatan tetap tidaklah lagi berlaku kesilapan dan mendapat pegawai yang tidak produktif dan tidak berdisiplin. Pengalaman lalu patut menjadi pengajaran.. Bila dah dilantik jawatan tetap untuk mengambil tindakan disiplin jika pekerja  buat kelaku kerana prosedur agak rumit sikit.

Inisiatif untuk bertemu semua anggota ini sengaja saya aturkan bersama dengan ketua bahagian mereka kerana saya merasakan perlu bercakap dan menyatakan pandangan dan kehendak pengurusan tertinggi MBAS perkara-perkara asas yang boleh dan tidak boleh apabila berkhidmat dengan MBAS. Mungkin jarang-jarang dibuat oleh jabatan lain, tapi saya merasakan perkara ini amat perlu dinyatakan dengan berterus terang  dan telus. Melalui pendekatan ini sebarang tindakan-tindakan yang diambil terutama tindakan disiplin tidak akan timbul masalah kerana segalanya telah dimaklum dan diperingatkan awal2 lagi.

Saya tidak mahu nanti akan dikatakan  ambil anggota pun terok, tidak berdisiplin, tidak pandai buat kerja, dan segala macam yang negatif-negatif belaka. Saya harap anggota yang diambil pada kali ini bukan satu kesilapan. Pemilihan kali ini dibuat oleh saya sebagai Pengerusi bersama beberapa orang ahli-ahli panel lainnya.

Apabila ditawarkan jawatan maka tentunya ada kerja yang menanti mereka dan perlu dibuat. Ini biasalah. Jadi semua orang faham akan perkara itu, maka kenalah melaksanakan setiap kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Laksanakan kerja dengan penuh keikhlasan, amanah dan bertanggungjawab.

Dalam melaksanakan tanggungjawab kerja yang ada itu, semua anggota ada arahan dan peraturan-peraturan perlu dilaksana, dipatuhi dan perlu dihayati sebagai seorang penjawat awam. Yang ini yang saya tekankan kepada semua anggota-anggota yang baru ni. Ini bermaksud, setiap pegawai kenalah berdisiplin, ada tatacara datang ke pejabat seperti kena 'punch card' , tatacara berpakaian, tatacara hubungan sesama kakitangan dan dengan pegawai atasan, tatacara menguruskan dokumen dan pelbagai panduan dan segala macam peraturan yang perlu difahami dan dipatuhi.

Saya juga telah memaklumkan supaya anggota baru tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang mungkin mereka lihat apabila ditempatkan di unit2 dlm MBAS, kerana dalam kelompok itu kemungkinan akan ada anggota lama yang akan menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik untuk diamalkan. Perkara ini perlu anggota baru perlu berhati-hati dan pandai-pandailah melihat dan menilai  mana yang baik , dan mana yang tidak baik. Kalau anggota tidak pandai membuat penilaian maka pada akhirya mereka akan hanyut sama. Tapi harus dingat, semua anggota yang ada pada hari ini adalah kakitangan kontrak sahaja. Jika berlaku perkara seperti ini, pengurusan atasan tidak akan ragu-ragu untuk menamatkan perkhidmatan anggota tanpa sebarang masalah, samada tidak sambung kontrak atau menamatkan serta merta.

Saya juga telah memaklumkan kepada semua anggota yang terpilih bahawa mereka sepatutnya merasa bersyukur yang amat sangat diatas jawatan yang ditawarkan. Lebih 6000 permohonan diterima , tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dipilih. Ini menunjukkan betapa ramainya orang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan ini. Jadi pada anggota yang mendapat kerja ini  sepatutnya ini merupakan satu keistimewaan kepada mereka, kerana terpilih. Bukan senang untuk dapat jawatan ini. Setelah melepasi pelbagai ujian seperti ujian fizikal, ujian menaip, temuduga dan lain-lain dan akhirnya mereka berjaya. Jadi nasiblah kepada yang menggunakan sokongan-sokongan dari orang kenamaan, selagi tidak melepasi tapisan-tapisan awal yang ditetapkan maka memang tidak boleh dilayan dan diberi pertimbangan. Jadi harap rakan2 , pembesar negeri , dan lain-lain tidak kecik hati pada pengurusan atasan jika calun sokongan mereka tidak terpilih dapat memahami akan cara prosedur yang dilaksanakan. MBAS tidak lagi boleh dianggap macam rumah kebajikan untuk mengisi dan beri peluang kerja yang kurang layak.  Prinsip saya begitulah...

Ini adalah sessi temuduga
yang dilaksanakan beberapa
bulan yang lalu utk memilih
PT dan Pembantu Awam
Hal-hal ugama juga terpaksa saya sebutkan juga, walaupun saya bukan seorang yang berkelayakan untuk bercakap begitu. Saya cuba imbas kembali temuduga yang telah diadakan sebelum ini dimana beberapa soalan yang saya tanyakan itu berkisar kepada persoalan agama yang mudah-mudah saja. Tapi agak malang dan mendukacitakan ramai dikalangan yang hadir temuduga itu tidak mampu untuk menjawab dgn baik walaupun hal-hal agama yang amat basic seperti sembahyang , puasa, zakat dan sebagainya. Dikalangan anggota yang baru ini juga saya rasa ada yang kurang pengetahuan agamanya.. Jadi bila sudah terpilih, eloklah beri perhatian kepada urusan-urusan ugama sama.. Saya tetap berpendapat, hanya melalui kawalan ugama sahaja , akan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa , tidak berdisiplin, penyelewangan dan sebagainya dalam melaksanakan kerja harian. Atas kesedaran apa yang dibuat seharian , Allah SWT yang akan melihat kerja buat kita. Jika ini dapat ditanam dalam diri seorang insan itu, tentunya sukar seorang pekerja itu nak buat perkara-perkara yang diluar batasan agama, seperti tuang kerja, kerja sambil lewa, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan seumpamanya, kerana semua itu dosa sedang menanti kita. Sembahyang janganlah ditinggalkan.. kerana itu adalah asas keimanan seseorang..

Saya juga mengesyorkan kepada semua anggota baru ini supaya 'ringan tulang' dalam melaksanakan kerja seharian terutama untuk membantu rakan  rakan lain. Setengah orang cukup berkira dalam hal-hal seperti ini. Sebab itu jangan hairanlah kalau seorang pegawai yang tiada kat opis, tidak akan dibantu oleh rakan sebelahnya jika orang awam datang untuk melakukan sesuatu, sebaliknya hanya disuruh balik dan datang semula bila pegawai itu ada. Apa salahnya cuba bantu dulu apa yang boleh dibantu dari disuruh balik begitu sahaja. Soal berkira kerja lumrah ada dikebanyakan jabatan. Saya berharap sikap-sikap seperti ini dapat dikurangkan agar perkhidmatan MBAS kepada pelanggan lebih cemerlang lagi.

Lebih berkira lagi kalau seorang pekerja itu terlajak kerja lebih dan luar waktu kerja sikit. lepas tu asyik nak minta claim elaun lebih masa pula. 30 minit sahaja terlewat. Punya la berkira masa dia, sedangkan ada setengah itu masuk pejabat pun lewat, kalau nampak awai kerana ada kawan tolong punch . Pukul 12 sudah keluar opis awal ambil anak kat Tadika atau sekolah, keluar makan berjam jam.. petangpun keluar minum petang lagi, masuk balik pukul 3 petang dan macam-macam lagi.. Yang tu dia tak berkira pula. tapi bila terlajak 30 minit berkira sangat... anggota-anggota seperti ini banyak juga kat organisasi ini. Penyelia dan ketua-ketua bahagian perlu membuat pemerhatian yang lebih rapi lagi sebelum meluluskan tuntutan elaun lebih masa kakitangan. Jika perlu potongan, buat potongan. Bayangkan berapa banyak masa dihabiskan dgn sia-sia sedangkan masa itu dibayar upah oleh MBAS.

Saya telah minta semua anggota baru ini terlibat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh MBAS. Banyak aktiviti  yang diaturkan oleh MBAS.. anggota baru boleh memohon menjadi urusetia atau sukarelawan setiap aktiviti yang diatur atau sekurang-kurangnya datang meramaikan majlis yang diatur.  Kalau boleh bersukan, juga beri perhatian dan ambil bahagian dalam sukan-sukan yang diaturkan. Aktiviti keugamaan yang diaturkan perlu diberi perhatian.  Sekarang MBAS mengadakan Majlis Bacaan Yasin setiap bulan disamping Sembahyang Sunat Dhuha berjemaah setiap bulan.. maka datanglah ramai-ramai menjayakan aktiviti tersebut. Dari pemerhatian saya ada juga anggota-anggota lama MBAS tidak pernahpun hadhir program2 agama yang dianjurkan oleh MBAS.. Kalau mcm tu macammanalah nak bahagia...

Dikalangan anggota baru ini, saya lihat ada yang mempunyai sijil-sijil  kemahiran khas, ada yang mempunyai Diploma dan Ijazah. Bagi anggota yang ada kelayakan yang lebih tinggi lagi janganlah kedekut ilmu, walapun hanya sekadar kerja Pembantu Tadbir atau Pembantu Awam.  Inilah peluang keemasan untuk ambil kesempatan bagi menunjukkan kebolehan dan ketrampilan ... Jangan simpan kebolehan dan kemampuan kita atas alasan remeh iaitu ' aku kerja Pembantu Tadbir aje aku hanya kerja boroh saja, buat kerja patut padan saja la' Kata kata seperti inilah yang menyebabkan anggota itu tetap macam tu sampai bila-bila.. Peluang yang akan datang kita tidak jangka.. Manalah tahu nanti ada kekosongan jawatan yang memerlukan kelayakan tertentu yang lebih tinggi. Maka ada peluang pada anggota MBAS sendiri untuk memohon. Sudah tentu prestasi kerja sebelum ini menjadi aset penting.. untuk menarik minat panel memilih calun yang sesuai. Ramai kalangan anggota MBAS yang sedia  mempunyai kelayakan yang lebih tinggi tapi kebanyakannya saya lihat tidak menunjukkan kelebihan apa-apa. Kalau Pembantu Tadbir, maka kerja Pembantu Tadbir sajalah sejak sekian lama tanpa nampak akan proaktif dan kreativiti pegawai itu sesuai dengan ada kelayakan yang lebih tinggi. Malahan nampak lbh terok lagi berbanding dgn yg ada kelayakan biasa saja.. semua ini terletak pd sikap anggota itu sendiri.

Kakitangan yang baru dilantik ini adalah bertaraf kontrak selama 1 tahun sahaja. Sebarang penyambungan kontrak bergantung kepada kemampuan kewangan MBAS, kegentingan keperluan kepada jawatan tersebut dan juga prestasi kerja anggota terlibat. Ianya bukannya disambung secara automatik sepertimana biasa diamalkan sebelum ini. Oleh itu setiap pekerja terlibat perlu memohon semula jawatan tersebut  untuk disambung kontrak mereka 3 bulan sebelum tamat tempoh kontrak mereka dengan menyatakan sebab2 kenapa mereka layak untuk diberi pertimbangan sambung kontrak.

Dalam hal ini prestasi kerja mereka sebelum ini akan dinilai dan yang penting adakah pegawai itu seorang yang benar-benar berdisiplin. Tidak ada ruang untuk yang tidak berdisiplin dan tidak produktif untuk ditawarkan semula jawatan tersebut dan MBAS mempunyai ramai pilihan lagi untuk mendapatkan kakitangan yang lebih baik.. Ingatan ini saya jelaskan kepada semua anggota supaya memahami dengan sejelas-jelasnya dan tidak menyesal dikemudian hari jika perkhidmatan mereka tidak disambung lagi. Semua Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian diminta beri perhatian terhadap prestasi kerja dan disiplin anggota-anggota ini dan jika merasakan mereka tidak layak disambung kerja atas faktor diatas, maka jangan teragak-agar atau ada belas kasihan untuk mengesyorkan ditamatkan perkhidmatan anggota tersebut.

Oklah...rasanya terbanyak pula celoteh saya hari pertama puasa ni.. cuti sambut puasa.. nak buat kerja fizikal kemas rumah yg berat2 takut nanti ptg .. terok badan.. jadi banyak guna minda saja sambil guna sedikit kekuatan utk menaip kat punat2 komputer nih.... bilik study saya ni serabut sikit.. tp saya suka sebab macam2 ada.. kalau saya nak buat urusan kerja2 surat menyurat dan menulis .. kat sinilah... kadang berjam2 lamanya saya dok berkhalwat....
 so permisi dulu.. azan zohor dah dengar kat masjid.. nak solat jemaah udulu.. nanti saya nak sambung cerita fasal ESQR pula... Selamat Berpuasa..

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita