Tarikh.. 10.07.2014.
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Sejahtera buat rakan-rakan blog saya. Masihkah lagi mengikuti perkembangan aktiviti saya di MBAS melalui blog saya ini... terima kasih.. Pagi ni... ada sedikit ruang waktu utk saya menulis dlm blog ini... dok terfikir dlm bulan puasa ni apa tajuk cerita yg sesuai utk saya menulis yg sesuai dgn blog saya ini..
Alhamdulillah.. sudah 10 hari kita menempuh bulan puasa Ramadhan... ok semua kan.. kita masih berada dibulan yg amat mulia ini. Perlu kita syukuri sebenar2nya. Apakah syukur itu hanya setakat bersyukur dgn kata2 dan berpuasa semata-mata.. Tentunya lebih jauh dari itu. Bulan inilah merupakan bulan keampunan.. bulan keberkatan.. bulan amal kebajikan.. bulan untung berganda.. dan segala yg baik2 ada dalam bulan ini.. Pendek kata bulan Ramadhan adalah bulan Pesta Ibadah.. Allah SWT membuka pintu seluas2nya untuk hamba2nya untuk beribadah dan diberikan ganjaran yg berlipat kaliganda.
Sebagai sebuah PBT, dalam bulan puasa ini banyak juga tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan oleh MBAS. Perkara yang penting yang setiap tahun perlu diberi perhatian ialah menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga bermusim dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan untuk menambahkan rezeki kepada peniaga-peniaga kecil dan ada juga yang mengambil peluang dalam bulan Ramadhan ini untuk berjinak-jinak dalam perniagaan menjual makanan atau barangan keperluan hariraya. Saya rasa keuntungannya memang berlipat kali ganda, kerana setiap tahun beribu-ribu orang memohon lesen dan tempat untuk berniaga ditempat-tempat yang dikhaskan. Kalau tidak untung takkan lah begitu ramai yang memohon.
Pada tahun ini juga MBAS telah menawarkan beberapa tempat strategik untuk berniaga dengan secara mengemukakan sebutharga tapak yang sanggup dibayar oleh peniaga. Memang agak mengejutkan kerana ada setengah pemohon sanggup menawarkan sehingga RM8,000.00 untuk mendapat petak2 tapak-tapak tertentu. Tapak2 tersebut sebelum ini hanya dikenakan bayaran yang 'standard' sama rata sahaja antara RM1500.00 hingga RM3,000.00 sahaja. Kalau tapak tersebut tidak strategik takkan lah mereka sanggup menawarkan harga yang begitu tinggi sekali. Sebab itulah sebelum ini , berlaku penjualan tapak-tapak oleh yang berjaya kerana ada permintaan yang tinggi keatas tapak-tapak tertentu. Dengan sewa tapak yang rendah yang dibayar kepada MBAS, ada setengah peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual tapak-tapak tersebut dengan harga yang begitu lumayan tanpa berniaga apa-apa. Jadi pada tahun ini sedikit sebanyak MBAS telah berjaya mengekang kegiatan penjualan tapak-tapak walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Sudah tentu ada yang tidak berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh MBAS terutama oleh peniaga-peniaga yang hanya ambil untung untuk atas angin sahaja.
MBAS berharap pada tahun ini peniaga-peniaga ini dapat berniaga dengan sebaik mungkin, dengan jujur, ikhlas dan patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan yang ditetapkan itu bukan untuk menyusahkan peniaga-peniaga tetapi untuk memastikan urusan-urusan perniagaan berjalan lancar dan tidak menyusahkan orang awam, peniaga-peniaga kekal dan sesama peniaga-peniaga bermusim itu sendiri.
MBAS menyedari untuk menyediakan lebih daripada 1,000 tapak ruang niaga ini sebenarnya memberi kesan negatif yang amat ketara terhadap tapak-tapak parking yang memang kurang selama ini selain ada kesan kesibukan lalulintas serta kesan kepada keselesaan kedai-kedai yang berdekatan. MBAS sendiri akan kehilangan kutipan fee tempat letak kenderaan yang agak banyak juga apabila sebahagian besar tapak digunakan untuk menyediakan tapak sementara ini. Walau bagaimanapun demi kepentingan awam keseluruhnya, MBAS menanggung segala risiko ini kerana MBAS berpendapat kesan baiknya adalah lebih banyak dari kesan buruknya... Perkara-perkara ini selalunya jarang disedari oleh kebanyakan peniaga-peniaga dan orang awam dengan menyalahkan MBAS dalam apa-apa masalah yang dihadapi. Kita terima seadanya dan tidak ada gunanya berbalah dan bertelagah pendapat.
Satu lagi tanggungjawab besar yang dihadapi oleh MBAS ialah memastikan peniaga-peniaga makanan yang dikendalikan oleh orang Islam menjual makanan selepas pukul 3.00 petang sahaja. Kalau jual sebelum 3.00 petang itu kepada orang Islam.. faham-faham sajalah. Tentunya dijual kepada orang yang tidak berpuasa. MBAS mengambil tangungjawab ini bagi memastikan agar kegiatan jualan makanan sebelah pagi tidak berlaku. Imej Islam hendak letak dimana jika orang Islam sendiri yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai orang Islam, tidak wajar mereka bersekongkol menanggung dosa menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.. Sebab itu MBAS sentiasa mengaturkan pemereksaan mengejut dan membuat serbuan terhadap gerai-gerai atau restoran-restoran yang ada sekitar Bandaraya Alor Setar ini; Hasilnya banyak ke-kes langgar syarat jualan itu ditemui.. Tentunya segala peralatan dan makanan yang hendak dijual itu dirampas. Yang herannya , kebanyakan peniaga tersebut tidak malu-malu datang menuntut balik dan bayar kompoun serta minta kurang lagi.. Sebagai orang Islam, saya terpaksalah juga menasihati peniaga-peniaga seperti ini agar tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Allah SWT tidak akan memberi keberkatan atas perniagaan yang dilakukan itu, walaupun untungnya banyak.. tunggulah hukuman Allah SWT nanti, tidak perlu tunggu hukuman di akhirat. Samada mereka nak ikut nasihat itu atau tidak, terpulanglah... segalanya terletak kepada kesedaran diri. Ada setengah tu ditangkap berulangkali setiap tahun, bermakna mereka tidak ada perasaan bersalah atau perasaan berdosa langsung.. Ok lah.. saya rasa takat inilah dulu cerita saya kali ini..
30 Julai 2014
Waktu saya menghabiskan cerita ini dah masuk raya kedua.. Peniaga-peniaga pun beraya sakanlah depa.. maklumlah untung besar sepanjang bulan Ramadhan ini.. 10 malam terakhir penuh sesak orang berkunjung digerai2, baik gerai bazar makanan atau bazar jualan barangan keperluan raya seperti pakaian dan kuih raya.. tak kuasa rasanya saya untuk pergi bersesak-sesak begitu sampai ke pagi... 'shooping' sungguh orang kita nih.. sedangkan 10 hari terakhir juga merupakan waktu yang paling banyak keberkatan diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambanya... kita selalunya bertentangan macam itulah.. Lagi berkat waktu itu lagi banyak godaan yang datang dalam pelbagai bentuk... pandai-pandailah kita memilihnya mana yang terbaik untuk kita. Yang pentingnya ianya meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada yang Maha Esa... Al Fatihah ... aamiin
Waktu saya menghabiskan cerita ini dah masuk raya kedua.. Peniaga-peniaga pun beraya sakanlah depa.. maklumlah untung besar sepanjang bulan Ramadhan ini.. 10 malam terakhir penuh sesak orang berkunjung digerai2, baik gerai bazar makanan atau bazar jualan barangan keperluan raya seperti pakaian dan kuih raya.. tak kuasa rasanya saya untuk pergi bersesak-sesak begitu sampai ke pagi... 'shooping' sungguh orang kita nih.. sedangkan 10 hari terakhir juga merupakan waktu yang paling banyak keberkatan diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambanya... kita selalunya bertentangan macam itulah.. Lagi berkat waktu itu lagi banyak godaan yang datang dalam pelbagai bentuk... pandai-pandailah kita memilihnya mana yang terbaik untuk kita. Yang pentingnya ianya meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada yang Maha Esa... Al Fatihah ... aamiin
Di bawah ini saya paparkan salah satu aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh MBAS sehingga mendapat liputan meluas di TV3, TV9, Al Hijrah dan Astro Awani....... klik saja kat situ:-
http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/bersubahat-di-bulan-puasa-3-beranak-ditahan-35521
http://www.tv9.com.my/beritatv9/jenayah_1362644420/Gerai_Dalam_Hutan_Untuk_Yang_Tidak_Berpuasa_Diserbu.html#.U7vlTUMZ62c
Teratak Kasih
http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/bersubahat-di-bulan-puasa-3-beranak-ditahan-35521
http://www.tv9.com.my/beritatv9/jenayah_1362644420/Gerai_Dalam_Hutan_Untuk_Yang_Tidak_Berpuasa_Diserbu.html#.U7vlTUMZ62c
Teratak Kasih
No comments:
Post a Comment