Tuesday, 14 August 2012

Mencari Keberkatan Di Bulan Ramadhan Al Mubarak

Catatan:  Mohd Asri Redha


Pagi ini selepas sembahyang subuh yang nyaman dan berkat ini.. apatah lagi sekarang ni dah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan..masih lagi ada  malam-malam Lailatulqadar... terasa pula nak tulis sikit berkenaan beberapa aktiviti MBAS yang saya tak sempat nak rekod lagi...

Sebahagian anak-anak yatim yang menerima
sumbangan barangan dan wang ringgit...
Sebenarnya baru 2 minggu saya berada kat MBAS ini.. tapi rasanya banyak sangat aktiviti kat sini... Kalau nak kira tandatangan saya saja pula kat surat-surat rasmi rasanya dan beribu-ribu tandatangan saya kat sini... Tak boleh jadi ni...  Tak sempat  nak  tengok teliti lagi apa yang  boleh diperturunkan sebahagian kuasa  ini kepada pegawai-pegawai kanan MBAS. Kalau sebahagian besar masa habis untuk tandatangan surat-surat  sahaja , apa lagi yang boleh dibuat... banyak benda lagi nak kena tengok dan  kaji. Bukan boleh pakai sain sahaja... kena baca dulu, teliti dulu, perbaik apa yang patut dan yang penting kena ambil berat tentang implikasi atau kesan dari surat rasmi yang kita tandatangani itu. Banyak sangat kes-kes berlaku akibat kecuaian dan kesilapan kita dalam menyediakan surat-surat dan dokumen-dokumen serta apa-apa perjanjian ditandatangani pada akhirnya memakan diri balik jabatan tersebut....

Aktiviti dipenuhi dengan sembahyang Maghrib dan Isyak
berjemaah dan seterusnya sembahyang Tarawikh
berjemaah...................................
Ok.. tadi tu baru ,intro' sahaja.. ni saya sebenarnya nak cerita fasal tanggungjawab sosial MBAS terhadap masyarakat... Selain aktiviti-aktiviti teras sebuah PBT.. MBAS tidak dapat lari dari tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat atau warga bandaraya ini...   Walaupun MBAS tidaklah sehebat sektor korporat yang banyak sumber kewangannya tapi  pendekatan kreatif anak-anak buah dalam MBAS ini membolehkan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sempena dalam bulan Ramadhan ini kita perlu perbanyakkan kebajikan apa sahaja yang boleh dibuat. Ganjaran pahala berlipat ganda terbuka luas di bulan Ramadhan ini. Melalui  kerjasama dengan pelbagai pihak serta sektor korporat , MBAS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim yang diadakan di Dewan Besar MBAS pada 08/08/2012. Majlis yang dibuat ini amat bermakna baik kepada MBAS dan kepada penerima bantuan. MBAS telah berjaya membuktikan bahawa tanggungjawab sosialnya tidak diabaikan melalui program seperti ini. Ianya bertepatan dengan hasrat seperti termaktub dalam  'Local Agenda 21'

Datuk Bandar MBAS .. Dato' Hj Mat Noh Ahmad sedang
menyampaikan sumbangan kepada salah seorang
anak yatim............
Anak-anak yatim yang dipilih adalah lebih kurang 137 orang yang berada disekitar bandaraya ini dimana Ahli Majlis MBAS telah memainkan peranan membantu mendapatkan senarai mereka yang terlibat. Betapa gembiranya mereka bersama keluarga datang sambil berbuka puasa bersama warga MBAS dan seterusnya menerima sedikit cenderamata dan wang tunai sebagai menampung sebahagian keperluan menyambut hari raya yang akan tiba beberapa  hari sahaja lagi.

Semoga apa yang dilaksanakan  ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.. Amiin.

Terima kasih kepada sektor korporat dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan barangan dan wang ringgit. Ini membuktikan masih ada sektor korporat dan ramai orang perseorangan yang berkemampuan sentiasa berdamping erat dengan MBAS untuk menjayakan aktiviti seperti dan diharap kerjasama seperti ini berterusan dan akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.....

Teratak Kasih...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita