Tiara Labuan Hotel..
Salam sejahtera .. buat pembaca blog maya ini. Malam ni saya agak free sikit selepas sehari suntuk bermesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Kementerian ini jarang berurusan dengan PBT di Kedah, cuma kali ini entah macam mana dijemput MBAS untuk hadir sama mesyuarat tersebut. Hadir sama ialah beberapa PBT lain yang ada di Kedah ini.
Biasanya jurugambar tak
ada gambarnya.. jadi ambil
gambar ini aje....
|
Rupanya memang banyak program-program yang disediakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan peruntukanpun berjuta-juta RM juga. Namun begitu ada yang tidak banyakpun dipohon oleh warga kota yang miskin atau ditakrifkan miskin mengikut takrifan ICU, JPM.. Saya sendiripun baru menyedari banyak peruntukan tersebut, namun maklumat itu tidak sampai kerana disebabkan berlakunya pertukaran pentadbiran negeri kepada kerajaan Pakatan Rakyat, maka segala usaha-usaha perancangan dan pelaksanaan program-program tersebut dilaksanakan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah yang beribu pejabat di Anak Bukit. PBT di Kedah tidak diberi peranan besar atau utama sepertimana PBT2 di negeri yang dibawah pemerentahan Kerajaan Barisan Nasional.
Pada sebelah malamnya saya menghadiri Majlis Mesra
Jamuan Makan Malam bersama Yang Berbahagia
Ketua Setiausaha Negara di Tiara Labuan Hotel.....
|
Itulah dilema saya sebagai sebagai penjawat awam dinegeri yang diperintah oleh kerajaan yang tidak selari dengan pusat... walaupun dikatakan penjawat awam itu sebagai nutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak , tapi realitinya bila melibatkaan hal-hal yang berkenaan bantuan-bantuan semestinya pertimbangan politik pasti diambil kira juga. Maka dengan kerana itu tidak hairanlah bila ada apa-apa penyampaian bantuan, akan dibuat majlis-majlis awam dan tentunya tokoh-tokoh politik tempatan atau luar akan dijemput hadir dan sampaikan bantuan. Ucapannya nanti pasti akan menyebutkan akan siapa yang beri bantuan itu dan betapa baiknya kerajaan yang memberi bantuan itu... Jadi faham-faham sahajalah. Tidak kiralah samada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Bagi saya sebagai penjawat awam.. prinsip mudah ialah siapa yang memerlukan bantuan dan ia layak maka wajarlah ia diberi bantuan tanpa mengira fahaman apa sekalipun.
Ketua Setiausaha Negara sedang menyampai ucapan dalam
Majlis Mesra KSN dengan Ahli Mesyuarat
|
Antara program tersebut ialah :
-Bantuan Sewa Rumah Di Bandar
-Bantuan Perumahan Bandar - Baik Pulih (mak RM10,000.00 atau Bina Baru/Beli Baru (mak - RM40,000.)
-Bantuan Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan
-Program Bina Upaya di Bandar
-Program Menjana Pendapatan di Bandar ..Projek -Kios Penjaja Bergerak (Mak. RM15,000)
-Program Titipan Kasih.. Bakul Makanan (RM80.00) .. Ziarah Kesejahteraan Bandar
-Projek Terminal Sejahtera .. dlm bentuk makmal computer dan tutorial
-Amanah Saham Wawasan Bandar
Antara wakil PBT-PBT Kedah yang hadir dalam mesyuarat
tersebut
|
Di Kedah penerima bantuan sewa rumah hanya 345 orang sahaja, berbanding dengan Selangor yang sememangnya agak makmur dan kaya 1,046 orang, atau Melaka sahaja 488 orang. Begitu juga baik pulih rumah dan rumah baru di Kedah hanya 11 orang penerima sahaja berbanding dengan Terengganu 59 orang dan Pahang 69 orang . Untuk bantuan kios penjaja tahun 2012 di Kedah tidak ada langsung. Semua ini amat merugikan rakyat Kedah yang memerlukan bantuan tersebut. Tak kan tidak ada langsung orang yang layak sedangkan Kedah masih banyak lagi orang-orang miskin yang tinggal di Bandar. Mungkin saluran penyampaian maklumat tidak menyeluruh, apatah lagi tidak lagi melalui saluran Penghulu Mukim, atau tidak lagi melalui Pegawai Daerah ataupun tidak lagi melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Sebab itulah didapati bilangan yang didaftar dalam E Kasih agak sedikit berbanding dengan negeri-negeri lain dan bilangan penerima bantuan juga agak miskin.
Walau bagaimanapun ini tidak akan melemahkan semangat untuk PBT berusaha membantu warga kota miskin agar mereka dapat sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang ada dan PBT akan berusaha untuk menyampaikan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan jika diminta ataupun kalau tidak mintapun PBT akan hantar juga untuk didaftar dalam E Kasih sebelum dibolehkan memohon apa-apa bantuan tersebut... Dalam hal ini PBT hanya sekadar membantu sahaja.
Ok... hanya sekadar itu sahaja cerita saya kali ini.. jumpa lagi. Besok pagi mau pulang awal dengan menaiki kapalterbang Air Asia.... memang orang ramai gila kat LCCT . Orang guna Kapalterbang Air Asia kerana tambangnya semua orang mampu.Bagi orang berada agak leceh sikit, kerana terpaksa berjalan jauh, naik dan turun tangga lagi. Kalau order makanpun..agak kurang enak ..Pramugarinya comel2.. santai sahaja .. pakai seluar jean pula. Walau bagaimanapun dari pemerhatian saya.. kalau macam tulah ramainya penumpang Air Asia... memang buat duit sungguhlah Air Asia... Begitu juga Malaysian Airport Berhad.. juga buat duit banyak kerana boleh dikatakan setiap kedai yang ada kat airpot LCCT itu penuh dengan orang.. sewanya tak taulah banyak mana.. memang tinggi, tapi pekedai masih boleh buat untung lumayan...
@Pendapatan Garis Kemiskinan Bandar - Miskin RM770(isi rumah) RM200 (Perkapita)
Pendapatan Garis Kemiskinan Bandar - Miskin Tegar RM450 (isi rumah) RM120 (Perkapita)
No comments:
Post a Comment