Sunday, 3 February 2013

Malaysia Ku Indah..Bandaraya Alor Setar Indah....


Gunung Keriang
03 Februari 2013

Menanam pokok adalah antara aktiviti yang dijalankan ...
Tahun 2013 telah diistiharkan Tahun Kesukarelawan (Year Volunteerism)... Hari ini pula adalah pelancaran  'Program My Beautiful Malaysia' sebagai satu titik permulaan gelombang semangat sukarela setiap rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama akan menggalakkan penyertaan para sukarelawan untuk memberi perhatian kepada keindahan dan kebersihan sekitar kita.

Sebenarnya tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bekerja secara sukarela dan tahap kesedaran terhadap kebersihan dan keindahan masih lagi kurang memuaskan... Sebab itu saya berpandangan satu gerakan besar-besaran perlu digerakkan disemua peringkat, semua organisasi, semua pertubuhan, semua agensi, dan sebagai nya agar memberi perhatian yang lebih serious terhadap kepentingan menjaga kebersihan, kepentingan semangat  bergotong royong, semangat kesukarelawan dan kepentingan kepada keindahan dan kekemasan.


YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan YB Dato' Chor Chee Heung
bersama-sama dengan Datuk Bandar Alor Setar serta pegawai
pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan menyanyikan
Lagu Negara Ku dan Lagu Allah Selamat Sultan bersama-sama
dengan para sukarelawan yang hadir.
Menandatangani 'Wall My Beautiful
Malaysia'
Sebahagian para sukarelawan yang hadir menjayakan program 
'Malaysia Ku Indah"
Jika ini semua diamalkan oleh semua rakyat Malaysia , Insya Allah... secara automatic akan muncullah... Malaysiaku Indah , Kedahku Indah, Bandaraya Alor Setar Indah.....Rumahku Indah....

Kita semua suka akan tempat2 yang cantik, indah, bersih, kemas, terjaga, selamat dan sebagainya. Tapi kenapa kita semua tidak berusaha kearah itu.. Jadi marilah wahai semua warga kota Bandaraya Alor Setar ini, atau sesiapa sahaja.. kita berganding bahu berusaha sama ada secara bersendirian, berkeluarga , berpasukan atau melalui organisasi yang kita kerja/wakili untuk membuat sesuatu kearah hasrat tersebut.. Macam-macam cara boleh dibuat, yang penting kesedaran dan keprihatinan itu kena ada. Mulakan dulu dengan rumah dan keluarga kita...


Peralatan-peralatan yang disediakan untuk kerja 
pembersihan..........
MBAS telah menjadi tuan rumah pelancaran 'Program My Beautiful Malaysia' ( Malaysia Ku Indah ) peringkat negeri Kedah dan diadakan di Tempat Rekreasi Gunung Keriang. Selain itu tempat lain yang diadakan program yang sama pada masa yang sama ialah di Taman Wira Mergong, Rumah Pangsa Simpang Kuala, Kg Baru Spg 4, Rumah Pangsa Tongkang Yard dan Pekan Kuala Kedah. 

Program ini dilancarkan bersama oleh YAB Menteri Besar Kedah DA.. YAB Dato Seri Ustaz Hj Azizan b. Abdul Razak dan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.. YB Dato'Seri Chor Chee Heung.  Saya amat tertarik dengan penglibatan semua agensi kerajaan baik negeri dan persekutuan. Dalam hal-hal seperti ini sebenarnya tidak ada perbedaan dari segi ideologi parti politik bila dilaksanakan program seperti ini. Sebab itu walaupun program ini datangnya idea dan penerajunya dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tapi Kerajaan Negeri tetap memberi kerjasama yang baik terhadap program ini. Syabas saya ucapkan kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah yang tidak ada masalah untuk hadir bersama-sama para belia dan rakyat jelata bergotong royong di Gunung Keriang ini malahan turut menyampaikan ucapan dimajlis ini. Bagi saya ini kejayaan yang unik untuk negeri Kedah , kerana selama ini pun saya lihat kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak begitu bermasalah besar berbanding dengan setengah-setengah negeri yang berlainan parti antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan harapan saya supaya semua para sukarelawan yang melebihi 10,000 orang yang hadir termasuk dibeberapa kawasan lagi di sekitar Bandaraya Alor Setar meneruskan semangat bergotong royong ini, mementingkan kebersihan dan keindahan ini serta terus diamalkan tanpa berhenti-henti.

Ok jumpa lagi......


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita