00 Jun 2013
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera.. jumpa lagi..
Pagi ni rasanya ada syeh sikit nak menulis.. tapi itulah nak menulis apa pula. nak tulis fasal kerja nanti orang boring pula nak baca... walau bagaimanapun kerja tetap menjadi keutamaan kita kerana dari kerja itulah kita dapat beribadat, dapat sumber pendapatan , dapat kepuasan, dapat kebahagian, dan ada juga sikit2 dapat ketegangan. Itu kata sayalah.. mungkin setengah orang kerja jadi punca masalah.... jadi susah mahu fikir hal2 seperti itu...
Sungguhpun begitu saya tak mahulah kerja yang tidak berkesudahan itu menenggelamkan diri saya dalam kerja-kerja rasmi hinggakan langsung tak mahu terlibat dalam hal2 lain seperti bersukan, bersosial dan yang pentingnya menulis blog. Jadi saya tetap menulis selagi terdaya, manalah tahu entah2 sumbangan penulisan blog saya ini kepada masyarakat adalah jauh lebih besar dari kerja pentadbiran yang memeningkan dan banyak memakan masa. Jadi saya terus menulis walaupun saya tahu tulisan saya bukanlah kreatif sangat. Kerja saya hanya menghasilkannya sahaja, biar pembaca yang menilainya.... tak gitu..
Kali ini saya nak tulis cerita santai-santai sahaja, tapi beri makna mendalam kepada sesiapa sahaja yang memahami dan mengetahui... ni saya nak cerita fasal anak-anak buah saya di MBAS buat Program Menyambut Hari Ibu anjuran Biro Wanita Kelab MBAS. di buat disebuah Hotel terkenal di Bandaraya Alor Setar ini dan rasanya ini julung-julung kali dibuat dengan begitu glamour dan menarik sekali.
dengan suasana tersebut .. Ada yang melaram habis, ada yang ikut sikit-sikit sahaja dan ada yang malu nak melaram macam kawan2 lain.. walau bagaimanapun tak kisahlah apa mereka pakai, apa bahagian yang diambil , yang pentingnya kehadiran semua anggota wanita ke majlis ini cukup membahagiakan penganjur dan semua hadirin yang hadir..
Banyak acara disediakan sepanjang program ini. Selain makan-makan ada majlis perasmian program oleh Puan Norasimah bt. Abdul Hamid... Isteri sayalah tu. Malam sebelum tu puas dok baca teks ucapan depan cermin..nak baca gaya lagu mana, dan nak biasakan tak mahu bagi ketar... biasalah kan. bukan senang nak berucap depan public apatah lagi majlis yang berprestig ini.. tak gitu...
Persembahan yang dibuat juga menarik seperti tarian endang oleh anggota wanita MBAS , nyanyian lagu-lagu zaman Saloma dan P Ramli... hebat-hebat juga nyanyian mereka. Sayapun depa pekena juga suruh menyanyi.. Naik jugalah menyanyi kat stage... suara biasalah tak sedap tera manapun... tapi kena tunjuk sporting... nak malu apa.. bantai sahajalah..... ada pemilihan mama vogue, pasangan seiras, dan penghargaan ibu wiraku......
Ok.... itu saja celoteh-celoteh saya kali ini.... suka-suka saja kan.....tengok kawan-kawan kita tu posing sakan kat atas pentas....tahun depan buat lagi....SU akan membuat persembahan... kalau ada lagi la kat MBAS.......
gambar-gambar lanjut boleh klik kat sini...
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.664043030277327.1073741828.388763237805309&type=1
Salam
Ok.... itu saja celoteh-celoteh saya kali ini.... suka-suka saja kan.....tengok kawan-kawan kita tu posing sakan kat atas pentas....tahun depan buat lagi....SU akan membuat persembahan... kalau ada lagi la kat MBAS.......
gambar-gambar lanjut boleh klik kat sini...
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.664043030277327.1073741828.388763237805309&type=1
Salam
No comments:
Post a Comment