Friday 23 August 2013

Pelancaran UTC KedAH... Cabaran Kepada PengurusaN AcaRA yang terbesar dalam Sejarah MBAS

Catatan dan Koleksi: Mohd Asri Redha


Meninjau persiapan tempat pentas pelancaran...


Segak dan cantik bergaya penuh bersemangat menunggu dgn
setia diatas sebelum menyanyikan lagu koir Negara Ku,
Lagu Satu Malaysia dan Lagu UTC...


Salam Sejahtera.... Keratan-Keratan Akhbar yang saya paparkan disini sudah cukup utk menceritakan segalanya apa itu UTC.. Urban Transformation Centre Kedah.. Pusat Transformasi Bandar.. Jadi saya tidak berhasrat untuk menceritakan lagi apa itu UTC Kedah. Ianya dilancarkan dengan penuh Gilang Gemilang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2013...

Saya suka menceritakan rentetan cerita kisah suka duka sepanjang merancang, mencari idea kreatif dan menggunakan segala kemahiran, pengetahuan dan bakat yang ada untuk menjayakan Majlis Pelancaran UTC Kedah tersebut..

Majlis seperti ini sahajalah baru dapat
berpeluang berbual-bual dan bergambar
dengan Menteri Kewangan  II
Sessi Latihan Pasukan Koir.... memang mencabar latihan ini
walaupun hanya diberi masa yang singkat untuk menyediakan
team koir yang terdiri majoritinya anggota MBAS .. yang
lain-lain ialah dari JPJ dll.
Menguruskan acara seperti ini memang mencabar sekali, apatah lagi MBAS diminta oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan seramai mungkin warga Kedah datang ke majlis pelancaran ini dan pada satu ketika diminta untuk mendapatkan seramai lebih 40,000 orang. Manakala kerajaan negeri pula menyerahkan sepenuhnya segala persiapan pelancaran tersebut kepada MBAS.

Sebenarnya cabaran yang dihadapi bukan  itu sahaja. Ianya telah bermula semasa hendak merealisasikan UTC Kedah itu sendiri sudah bukan kepalang masalah yang berbangkit. Persoalan perundangan yang berbangkit, isu kewangan yang timbul, isu pengurusan bangunan kompleks MBAS ini sendiri, isu dengan pemilik-pemilik kedai yang sedia ada , isu dengan peniaga-peniaga kecilan yang menyewa ruang legar kompleks ini, isu hutang bayaran penyelenggaraan, isu mencari jabatan dan organisasi yang sesuai untuk menduduki atau menyewa ruang di kompleks ini, isu dengan kontraktor kerja, isu pelaksanaan projek ubahsuai itu sendiri, isu untuk bekerja 7 hari seminggu dan sampai pukul 10.00 malam pula dan segala macam isu yang terlalu berat untuk dihadapi dan dicari jalan penyelesaiannya. Semua ini kena selesai satu persatu.. Walaupun bangunan ini sudah berubah wajah dan tersergam indah, namun masih banyak perkara lagi yang belum dapat diselesaikan lagi. Ini juga mencabar anak-anak buah saya untuk mencari jalan dan penyelesaian yang memberi keuntungan kepada semua pihak.

Sebelah malamnya pula diadakan konsert 

kerohanian.. ditampilkan ceramah ustaz

bollywood dan penyanyi Iwan serta 
kumpulan nasyid terkenal.... ribuan
penonton datang membanjiri..
MBAS agak bernasib baik , kerana sewaktu pelaksanaan projek ini, kerajaan negeri masih lagi dibawah pemerentahan Kerajaan Pakatan Rakyat , tetapi Kerajaan Persekutuan masih memberi peruntukan yang besar untuk ubahsuaikan bangunan ini menjadi seperti yang ada sekarang ini. secara kebetulan dalam pilihanraya umum yang lalu kerajaan BN telah kembali menguasai Negeri Kedah. Jadi dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sudah tidak berbeda lagi. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan yang lebih banyak lagi. Bayangkanlah kalau Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berbeda fahaman politiknya... agak-agak macam mana nak buat majlis pelancaran ini.. apakah penerimaan kerajaan yang berlainan fahaman politik ini... tak boleh nak bayangkan lagi nak buat macam mana. Walau macamanapun segalanya sudah berlalu..

Saya memohon maaf kepada warga bandaraya Alor Setar ini , kerana perkhidmatan MBAS sepanjang tempoh persediaan mengadakan majlis pelancaran UTC Kedah ini ianya tidaklah begitu lancar disebabkan sebahagian besar anggota MBAS terpaksa memberi perhatian untuk menjayakan majlis pelancaran UTC Kedah tersebut.. Majlis ini diuruskan sendiri oleh anggota MBAS  tanpa melibatkan pengurus acara luar. Sebab itu MBAS masih dapat melaksanakan program pelancaran ini dengan kos yang bersesuaian, berbanding jika dilantik perunding acara swasta yang mana tentunya melibatkan jutaan RM berdasarkan besar dan hebatnya majlis tersebut.

Kerajaan memberi masa yang begitu terhad kepada MBAS untuk membuat persiapan pelancaran, namun begitu hasil ketekunan, kebijaksanaan dan kerajinan semua anggota MBAS maka ianya telah berjalan lancar dan mendapat pujian dari pengurusan atasan di Kementerian Kewangan itu sendiri.... Ini bukan nak bagi tahu puji diri sendiri seperti masuk bakul angkat sendiri.... tetapi realitinya begitulah.. Kadang-kadang kita nampak sesuatu benda itu begitu susah sangat untuk dibuat dan cara paling mudah ialah menyerahkan 100 peratus kepada Pengurus Acara Swasta... Kita sebagai tuan rumah.. tengok saja apa yang mereka buat... namun saya tahu berdasarkan pengalaman, walaupun diserah 100 peratus kepada 'event manager' yang nak kerja terok nanti anak2 buah juga. Jadi lebih baik buat sendiri..

Pemimpin transformasi Kedah ....
Jadi saya mengucapkan tahniah kepada semua warga MBAS yang bersedia berkhidmat untuk menjayakan majlis pelancaran ini.. kejayaan majlis ini adalah hasil kerja berpasukan semua anggota MBAS dan semua jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.  Kerjasama seperti ini perlu diterapkan lagi dalam kerja2 harian. Insya Allah apa sahaja kerja yang diamanahkan kepada kita pasti dapat dilaksanakan. Tidak ada sesiapa boleh berjaya bersendirian tanpa mendapat bantuan dan sokongan dari  orang lain...

Cabaran yang akan dihadapi seterusnya ialah bagaimana hendak memastikan UTC KEdah itu sendiri dapat beroperasi dengan sempurna dan berjalan lancar sepanjang masa sepertimana yang dikehendaki oleh Kementerian KEwangan dan Kerajaan Negeri Kedah ...

YAB PM memotong riben menandakan bermulanya operasi

kaunter jabatan-jabatan Negeri Kedah di Kompleks UTC Kedah
Dalam tempoh terdekat ini memang terdapat banyak kelemahan dan kekurangan-kekurangan yang timbul didalam kompleks UTC Kedah ini. Benda baru biasalah... kadang-kadang kita tak dapat menjangkakan apa yang berlaku. Bila beroperasi baru timbul isu dan masalah tersebut.. Jadi kenalah selesai sebaiknya.

MBAS juga terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan satu organisasi yang kukuh dalam menguruskan UTC Kedah itu sendiri kerana Kerajaan NEgeri telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan UTC itu kepada MBAS. Pada masa yang sama sumber pendapatan perlu ada untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini juga perlu sokongan dari semua kementerian, jabatan dan kerajaan negeri serta agensi swasta yang ada  untuk membantu mempercepatkan pembayaran kepada pengurusan UTC Kedah terutama dalam hal-hal yuran penyelenggaraan bangunan dan bayaran sewa yang patut dijelaskan. Jika ini gagal dikutip, maka sekali lagi UTC KEdah ini akan menjadi bebanan yang tak tertanggung kepada MBAS... Jadi anak-anak buah saya sedang berusaha untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan rakyat sendiri mendapat segala manfaatnya... yang pastinya penambahbaikan sentiasa ada dari masa ke semasa...

Sampai jumpa lagi....


1 comment:

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita