Catatan..Mohd Asri Redha
Tarikh.. 10.12.13
Tempat..Hotel Marriot Putrajaya
Salam Sejahtera semua,
Al Fatihah.. 'Bacalah dengan nama Tuhanmu'
Bertemakan "Charting The Next Level Of S.M.A.R.T Goverment" (SMART.. Social, Mobility, Analytics ^big data^, Radical Openess and Trust).. Waduuh.. ini cabaran besar kepada jabatan untuk memberikan dan menyediakan perkhidmatan terbaik kpd rakyat melalui sistem penyampaian yg berkesan.
Tentunya SMART Goverment boleh dicapai melalui inovasi, transformasi, menyusun semula polisi , pelan strategik, dan teknologi selain kehebatan sumber manusia yang ada.
Berlaku ledakan teknologi maklumat yg begitu drastik sekarang , menyebabkan berlaku perubahan besar dlm pemikiran para bijak pandai hingga timbul idea 'mencipta kerajaan masa hadapan'.. maka timbullah idea kerajaan terbuka, data terbuka, 'smart goverment' dan 'smarter citizens'.. Inilah antara idea2 yg dikemukakan oleh para panel utk perbincangan para peserta conference.. Idea2 ini sebenarnya telahpun ada contohnya dinegara maju dan telah membuktikan keberkesanan serta kejayaannya...
Dalam persidangan ini MAMPU telah memberikan pengikhtirafan kepada Kem. Sumber Manusia dan Alam Sekitar kerana mempraktikkan program 'MyMesyuarat' secara aktif . Manakala Jab Ketua Menteri Sarawak telah diberi pengikhtirafan Anugerah MyGOSS 2013.
Ok.. setakat ini saja catatan saya untuk ini.. Penat juga nak memahami apa yg dibincangkan dlm conf ini.. Org macam saya yang bukan dari didikan iT ini.. biasalah.. tentu banyak bergantung pada pegawai2 iT .. walaupun digelar CiO... namun begitu kefahaman2 asas tu kenalah tau juga.
Terima Kasih..
Teratak Kasih
No comments:
Post a Comment