Teratak Kasih
05 Oktober 2013
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera Semua...
pagi ni redup saja... sat hujan sat tak hujan... cadang utk mesin rumput kat halaman rumah, tak jadilah pagi ni... mengemas-ngemas dlm rumah saja... Lama tak beri perhatian kat bilik studi saya ni....
Entah kenapa pagi-pagi ni teringat pula pada orang2 yg telah meninggal dunia... Kadang terfikir bagus juga kalau selalu teringat akan kematian, teringat juga pada kita semua bila saatnya kita akan meninggal dunia, dimana, macammana , kena apa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan mengingati mati akan memberi kesedaran yang mendalam kepada saya dan kita semua tentang hakikat kematian itu. Semua orang akan mati.. sebab itu kita disuruh iring jenazah sampai ke liang lahad. Tetapi cukupkah bekalan yang ada untuk dibawa mengadap Allah SWT nanti... Ini yang menggerunkan saya. Rasanya macam dosa banyak daripada pahala..... Sebab itu kelmarin semasa saya beri ucapan aluan kepada anak-anak buah dalam program forum anjuran MBAS bersama YPEIM, bertajuk .'Profesion, Integriti dan Rezeki Yang Baraqah' saya ada menyentuh fasal kematian. Kalau kita melihat kematian orang atau kalau kita melihat mayat diturunkan ke liang lahad dan dan ditimbus tanah dan selepas itu imam membacakan talqin lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa kesedaran lagi atau kata orang tak rasa apa-apa , tak taulah lagi macam mana nak bagi kesedaran untuk kembali kepada melaksanakan apa yang diperintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang ditegah Allah SWT.
Beberapa minggu yang lalu, rakyat negeri Kedah dikejutkan dengan kematian aruah Ustaz Azizan.. Bekas Menteri Besar Kedah DA..... dah lebih seminggu aruah Ustaz telah pergi meninggalkan kita di dunia yang hanya sementara ini. Semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada aruah dihindari dari siksaan dialam kubur serta diberi kerahmatan Nya.
Saya amat terasa terkilan kerana sepanjang aruah Ustaz ditempatkan di hospital d Alor Setar ini , dua kali saya pergi untuk melawat tetapi tidak kesampaian juga kerana waris aruah tidak ada kat hospital untuk membenarkan pelawat masuk.. Tak apalah niat dah ada...
Melalui ruang yang saya ada ini.. saya melahirkan UCAPAN TAKZIAH KEPADA PUAN SRI DAN SEMUA KAUM KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ diatas perginya Ustaz meninggalkan kita semua untuk mengadap Allah SWT ... sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Itu adalah kepastian yang sesiapapun tidak boleh lari dari menghadapinya.. cuma bila dan dimana kita tidak pasti. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.
Lima tahun dibawah pentadbiran Ustaz , saya rasa tidak banyak masalah yang berbangkit berhubung pentadbiran negeri. Saya tidak pastilah bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin berlainan pula dengan pandangan saya. Saya hanya sekadar sekali sekala sahaja berurusan dengan aruah Ustaz, diperingkat bawahan sahaja. Mungkin diperingkat atasan ada banyak isu dan masalah dibawah pentadbiran Ustaz.. Itu saya tak tahulah pula. Namun dalam sekali sekali berurusan itu banyak juga kenangan manis saya bersama aruah ustaz, terutama semasa saya di Pulau Langkawi.. tapi entah macam mana dok cari gambar saya bersama aruah Ustaz kat Langkawi.. tak ada.. hilang entah ke mana..
Cuma apa yang saya terlihat ialah sifat peribadi beliau itu yang membuatkan saya amat menghormati dan kagum kepada beliau .. Seorang yang mesra, cepat kenal orang yang berurusan dengan beliau, boleh memberi kuliah-kuliah agama, tidak mengutuk sebarangan kepada musuh politiknya, sederhana sahaja kehidupannya .. berbual dengan beliau seolah-olah seperti berbual dengan seorang sahabat atau seorang bapa... Itulah kelebihan Ustaz walaupun ada orang kata beliau 'cenge'. Biasalah tu , sekali sekala kena 'cenge' juga. Mungkin dah tak tahan sangat kut serangan demi serangan yang diterimanya dalam kerja sehariannya... begitu juga tekanan yang diterima dari musuh-musuh politiknya.
Saya sendiri pernah menulis artikel bertajuk "Ustaz Azizan Yang Saya Kenali" seperti dalam alamat dibawah ini.. setelah beberapa tahun beliau menerajui negeri Kedah ini...
http://beritakcs.blogspot.com/2012/02/ustaz-azizan-yang-saya-kenali.html
Hanya sekadar pandangan saya sahaja..... mungkin ada betul atau mungkin ada tidak betul... tapi saya lebih suka cerita yang baik-baik belaka..... baik dan tidak baik itu kadang-kadang hanya persepsi seseorang sahaja berasaskan maklumat yang dimilikinya.... jadi belum tentu apa yang kita rasa tidak baik pada seseorang itu adalah sama dengan pandangan orang lain...... sebab itu janganlah kita berlebihan-lebihan sangat dalam hal-hal yang berkaitan cara pentadbiran seseorang itu terutama nak cerita hak yang tak baik..... takat patut padan sudahlah.
Sebagai pegawai KCS, saya amat berterima kasih kepada aruah Ustaz kerana sepanjang dibawah pentadbiran beliau yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak hal-hal kebajikan KCS telah diberi perhatian oleh Ustaz. Saya rasa semua KCS tidak boleh menafikannya dalam hal ini. Isu pemberian tanah pertanian, tanah kediaman dan tanah koperasi banyak telah dapat ditangani sebaiknya dibawah pentadbiran Ustaz. Untuk mendapat kelulusan-kelulusan dasar berkenaan tanah dari pihak kerajaan negeri bukannya mudah . Banyak ranjau dan kesukarannya . Namun peranan Ustaz dalam hal ini amat penting, hingga semuanya berjalan lancar tanpa menghadapi banyak rintangan dan masalah... Sebarang isu yang berbangkit terhadap keputusan yang dibuat tersebut, telah ditangani oleh Ustaz dengan tenang dan akhirnya senyap begitu sahaja...mungkin tindakannya ini tidak popular dikalangan pengikutnya. Tetapi ustaz sanggup terima risikonya..... terima kasih Ustaz..Al Fatihah..
Begitu juga dengan isu-isu penentangan pengikut atau penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap KCS itu sendiri ditangani dengan sebaiknya oleh aruah Ustaz Azizan. Peringkat awal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, tahap kecurigaan terhadap KCS memang tinggi. Walaupun tunjuk perasaan dan tekanan diberikan kepada aruah Ustaz untuk menukarkan seseorang pegawai KCS disebabkan tidak suka pegawai itu dan pegawai ini atau tindakan pegawai KCS tidak selari dengan kehendak peribadi pemimpin tempatan, namun Ustaz telah bertindak profesional. Beliau tetap mempertahankan status KCS dan tidak mengambil tindakan berasaskan emosi semata-mata dan akhirnya isu-isu tersebut senyap begitu sahaja.... Begitu juga kemudahan-kemudahan lain yang dinikmati oleh KCS sepanjang pemerentahan yang diketuai oleh beliau yang tidak perlulah saya sebutkan satu persatu . Jadi dalam hal ini marilah kita sama-sama berdoa agar Aruah Ustaz Azizan diberi perlindungan sewajarnya oleh Allah SWT.. amiiin.
Al Fatihah........ amiiin
jumpa lagi...@@@@@ oleh kerana aruah Ustaz Azizan telah meninggal dunia maka kerusi ADUN Sg Limau telah kembali kosong. Tentunya tak berapa hari lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan.. masing-masing parti BN dan Pas sudah mula pasang strategi... namun siapakah calunnya... saya ada ulasan berkenaan hal ini tapi tunggulah catatan saya seterusnya dalam tempoh terdekat ini. Saya juga adalah pengundi di ADUN Sg Limau ini.... agak-agak sapa yang menjadi pilihan saya.... UNDI ADALAH RAHSIA@@@@@@@..... Jumpa Lagi ...Assalamualaikum WRT..
http://beritakcs.blogspot.com/2013/10/percaturan-penuh-strategik-di-prk-dun.html
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, 5 October 2013
Saturday, 20 April 2013
KETELUSAN SPR
Catatan: Mohd Asri Redha..
Salam sejahtera...
Alhamdulillah... hari ini selesailah sudah proses penamaan calun PRU ke 13 ini. Maklumat yang saya dapat semua proses penamaan calun diseluruh negara berjalan lancar. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku... Itulah demokrasi namanya. Demokrasi cara kita. Semua orang berhak masuk bertanding..
Sebelum ini memang ada rasa tidak puas hati terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya ini. Walau bagaimanapun sistem pengurusan ini telah lama berjalan dan rasanya tidak ada masalah besar yang dihadapi. Isu ketidakpuasan hati ini biasanya akan timbul bila apa yang dijangka dan hajati tidak tercapai.. maka itulah jadinya segala macam tohmahan terhadap pengurusan perjalanan pilihanraya di Malaysia, khususnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia... Maka dengan kerana itu ada-ada saja bantahan dan protes-protes terhadap SPR. Yang berlaku sebelum ini ialah Gerakan Bersih.. dimana protes secara jalanan dibuat oleh NGO dan juga ada terlibat orang-orang politik dalam menyuarakan bantahan secara kurang sesuai itu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi rasanya protes jalanan seperti itu hanya merugikan negara sahaja.
Saya tidak mahu ulas sangat fasal perarakan dan perhimpunan BERSIH tersebut yang telahpun berlalu.. Nampaknya semua parti sudah mengambil bahagian dalam pertandingan dalam PRU 13 ini.. maknanya tidak ada pemulauan terhadap PRU ke 13 ini...
Sebagai rakyat Malaysia saya tidak mahu huruhara berlaku disebabkan protes-protes jalanan yang tidak berkesudahan ini akibat ketidakpuasan segelintir orang terhadap perjalanan proses pilihanraya yang diamalkan di Malaysia ini .
Namun kalau berlaku juga rasanya boleh menjejaskan kestabilan negara..kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa.... nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.Tak fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.
Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik.... minta simpanglah jangan jadi perhimpunan itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .
Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun.
Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun. Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan, menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..
Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.
Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.
Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam, akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan.. KPR memerentah Kedah melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak ada masalahpun.. Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje.....
Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.... Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini.... jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.
Saya juga pernah terlibat secara langsung menguruskan pengundian pos untuk anggota keselamatan negara dan petugas pilihanraya. Di Sungai Petani merupakan salah satu kawasan pilihnraya yang mempunyai jumlah undi pos yang paling banyak di Kedah .. Lebih 2,000 orang pengundi pos kalau tidak silap saya waktu itu. Saya tidak nampak dimana boleh berlaku kecurangan dalam proses ini. Kerana saya terlibat dari awal proses pengeluaran kertas undi hinggalah tahu keputusan. Bukan seperti tohmahan orang yang mengatakan anggota pasukan keselamatan kena undi depan pegawai pemerentahnya... tak buat dah kut kerja macam tu... Sekarang ni zaman manusia boleh bebas bersuara dan bercakap. Sikit buat silap satu dunia boleh tahu.
Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai.....
Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram jalanan yang tidak mengikut lunas demokrasi....silap-silap haribulan boleh masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..
Jumpa lagi .. selamat malam... Salaaaam
Teratak Kasih...
Salam sejahtera...
Alhamdulillah... hari ini selesailah sudah proses penamaan calun PRU ke 13 ini. Maklumat yang saya dapat semua proses penamaan calun diseluruh negara berjalan lancar. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku... Itulah demokrasi namanya. Demokrasi cara kita. Semua orang berhak masuk bertanding..
Sebelum ini memang ada rasa tidak puas hati terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya ini. Walau bagaimanapun sistem pengurusan ini telah lama berjalan dan rasanya tidak ada masalah besar yang dihadapi. Isu ketidakpuasan hati ini biasanya akan timbul bila apa yang dijangka dan hajati tidak tercapai.. maka itulah jadinya segala macam tohmahan terhadap pengurusan perjalanan pilihanraya di Malaysia, khususnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia... Maka dengan kerana itu ada-ada saja bantahan dan protes-protes terhadap SPR. Yang berlaku sebelum ini ialah Gerakan Bersih.. dimana protes secara jalanan dibuat oleh NGO dan juga ada terlibat orang-orang politik dalam menyuarakan bantahan secara kurang sesuai itu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi rasanya protes jalanan seperti itu hanya merugikan negara sahaja.
Saya tidak mahu ulas sangat fasal perarakan dan perhimpunan BERSIH tersebut yang telahpun berlalu.. Nampaknya semua parti sudah mengambil bahagian dalam pertandingan dalam PRU 13 ini.. maknanya tidak ada pemulauan terhadap PRU ke 13 ini...
| Saya sebagai Penolong Pegawai Pengurus Parlimen P 09.. sedang meneliti borang pencalunan wakil rakyat sebelum diterima....... |
Namun kalau berlaku juga rasanya boleh menjejaskan kestabilan negara..kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa.... nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.Tak fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.
Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik.... minta simpanglah jangan jadi perhimpunan itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .
Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun.
Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun. Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan, menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..
Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.
Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.
Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam, akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan.. KPR memerentah Kedah melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak ada masalahpun.. Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje.....
Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.... Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini.... jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.
Saya juga pernah terlibat secara langsung menguruskan pengundian pos untuk anggota keselamatan negara dan petugas pilihanraya. Di Sungai Petani merupakan salah satu kawasan pilihnraya yang mempunyai jumlah undi pos yang paling banyak di Kedah .. Lebih 2,000 orang pengundi pos kalau tidak silap saya waktu itu. Saya tidak nampak dimana boleh berlaku kecurangan dalam proses ini. Kerana saya terlibat dari awal proses pengeluaran kertas undi hinggalah tahu keputusan. Bukan seperti tohmahan orang yang mengatakan anggota pasukan keselamatan kena undi depan pegawai pemerentahnya... tak buat dah kut kerja macam tu... Sekarang ni zaman manusia boleh bebas bersuara dan bercakap. Sikit buat silap satu dunia boleh tahu.
Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai.....
Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram jalanan yang tidak mengikut lunas demokrasi....silap-silap haribulan boleh masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..
Jumpa lagi .. selamat malam... Salaaaam
Teratak Kasih...
Subscribe to:
Posts (Atom)