Showing posts with label gotong royong. Show all posts
Showing posts with label gotong royong. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Gotong Royong Perdana MBAS 2013.... Kita Turun Ke Padang Untuk Cuba Selesai Apa-Apa Masalah...

Catatan dan Kutipan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 Jun 2013


SU mempengerusikan majlis dialog....










Sebenarnya kebanyakan PBT merupakan jabatan yang paling banyak menerima pelbagai aduan dan rintihan warganya terhadap apa-apa perkhidmatan yang diberikan... Sebenarnya itu tidak dapat dielakkan memandangkan fungsi PBT itu sendiri yang pelbagai... Jadi kalau tak ada jabatan lain yang boleh dituju mengadu masalah  maka PBT lah yang menjadi sasaran...  Aduan diterima dalam pelbagai cara seperti datang mengadu di Pejabat , menulis surat, menalifon ke pejabat dan pelbagai cara... Tak dapat tidak maka terpaksalah kita mengkaji dan meneliti setiap aduan dan cuba


mencari jalan dan peruntukan untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan. Bukan semua aduan boleh diselesaikan serta merta atau jangka pendek.. dan ada juga aduan yang memang tidak ada jalan penyelesaian.... jadi pandai-pandailah PBT menghadapinya.... Itulah sebenarnya yang dihadapi oleh MBAS setiap hari..

Salah satu cara lagi kita menyelami isi hati warga MBAS berkenaan perkhidmatan MBAS itu sendiri ialah melalui program dialog bersama orang awam dimana-mana komuniti tertentu yang diaturkan. Melalui sini juga MBAS mendapat banyak maklumat dan mengambil maklum akan masalah-masalah yang dibangkitkan... Kadang-kadang melalui cara ini mudah pula kita menyelesaikan beberapa isu dan masalah yang dihadapi.. Kadang-kadang terpaksalah bawa balik ke ofis , kaji dari segala aspek terutama dari segi peruntukan, teknikal, undang-undang dan sebagainya...  Sebab itulah MBAS sentiasa memberi perhatian kepada turun sendiri ke lapangan, dalam bertemu pelanggan dan warga MBAS.

Aktiviti terbaharu MBAS ialah mengadakan PRogram Gotong Royong Perdana 2013 yang diadakan di Taman Bersatu , Simpang Empat.  Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program itu ialah gotong royong membersihkan kawasan kejiranan yang ada dan persekitarannya, pemotongan rumput, mencantas dahan-dahan yang membahayakan. Disamping itu diadakan pameran jabatan-jabatan, khenduri kampong dan seterusnya majlis dailog. MBAS juga membuka kaunter bayaran cukai pintu disitu.  Banyak manfaatnya akan program yang diadakan ini.

Cuma apa yang diharapkan penglibatan dari masyarakat perlu lebih diperhebatkan lagi. Ini adalah kerana dalam beberapa program lalu yang dibuat saya dapati  anggota masyarakat setempat agak kurang memberi kerjasama untuk turun bersama-sama para sukarelawan yang datang bergotong royong ditempat mereka. Sedangkan yang akan mendapat manfaatnya adalah penduduk tempatan juga.. Sikap seperti inilah yang perlu diubah... Kalau semua anggota masyarakat berganding bahu melaksanakan apa sahaja kegiatan, Insya Allah pasti segala program yang diatur berjalan lancar........

gambar-gambar lanjut aktiviti yang diadakan boleh dilayari di alamat dibawah.... klik saja kat situ:  https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.678357618847196.1073741830.100000188912921&type=3

ok.. salam

Sunday, 3 February 2013

Malaysia Ku Indah..Bandaraya Alor Setar Indah....


Gunung Keriang
03 Februari 2013

Menanam pokok adalah antara aktiviti yang dijalankan ...
Tahun 2013 telah diistiharkan Tahun Kesukarelawan (Year Volunteerism)... Hari ini pula adalah pelancaran  'Program My Beautiful Malaysia' sebagai satu titik permulaan gelombang semangat sukarela setiap rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama akan menggalakkan penyertaan para sukarelawan untuk memberi perhatian kepada keindahan dan kebersihan sekitar kita.

Sebenarnya tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bekerja secara sukarela dan tahap kesedaran terhadap kebersihan dan keindahan masih lagi kurang memuaskan... Sebab itu saya berpandangan satu gerakan besar-besaran perlu digerakkan disemua peringkat, semua organisasi, semua pertubuhan, semua agensi, dan sebagai nya agar memberi perhatian yang lebih serious terhadap kepentingan menjaga kebersihan, kepentingan semangat  bergotong royong, semangat kesukarelawan dan kepentingan kepada keindahan dan kekemasan.


YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan YB Dato' Chor Chee Heung
bersama-sama dengan Datuk Bandar Alor Setar serta pegawai
pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan menyanyikan
Lagu Negara Ku dan Lagu Allah Selamat Sultan bersama-sama
dengan para sukarelawan yang hadir.
Menandatangani 'Wall My Beautiful
Malaysia'
Sebahagian para sukarelawan yang hadir menjayakan program 
'Malaysia Ku Indah"
Jika ini semua diamalkan oleh semua rakyat Malaysia , Insya Allah... secara automatic akan muncullah... Malaysiaku Indah , Kedahku Indah, Bandaraya Alor Setar Indah.....Rumahku Indah....

Kita semua suka akan tempat2 yang cantik, indah, bersih, kemas, terjaga, selamat dan sebagainya. Tapi kenapa kita semua tidak berusaha kearah itu.. Jadi marilah wahai semua warga kota Bandaraya Alor Setar ini, atau sesiapa sahaja.. kita berganding bahu berusaha sama ada secara bersendirian, berkeluarga , berpasukan atau melalui organisasi yang kita kerja/wakili untuk membuat sesuatu kearah hasrat tersebut.. Macam-macam cara boleh dibuat, yang penting kesedaran dan keprihatinan itu kena ada. Mulakan dulu dengan rumah dan keluarga kita...


Peralatan-peralatan yang disediakan untuk kerja 
pembersihan..........
MBAS telah menjadi tuan rumah pelancaran 'Program My Beautiful Malaysia' ( Malaysia Ku Indah ) peringkat negeri Kedah dan diadakan di Tempat Rekreasi Gunung Keriang. Selain itu tempat lain yang diadakan program yang sama pada masa yang sama ialah di Taman Wira Mergong, Rumah Pangsa Simpang Kuala, Kg Baru Spg 4, Rumah Pangsa Tongkang Yard dan Pekan Kuala Kedah. 

Program ini dilancarkan bersama oleh YAB Menteri Besar Kedah DA.. YAB Dato Seri Ustaz Hj Azizan b. Abdul Razak dan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.. YB Dato'Seri Chor Chee Heung.  Saya amat tertarik dengan penglibatan semua agensi kerajaan baik negeri dan persekutuan. Dalam hal-hal seperti ini sebenarnya tidak ada perbedaan dari segi ideologi parti politik bila dilaksanakan program seperti ini. Sebab itu walaupun program ini datangnya idea dan penerajunya dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tapi Kerajaan Negeri tetap memberi kerjasama yang baik terhadap program ini. Syabas saya ucapkan kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah yang tidak ada masalah untuk hadir bersama-sama para belia dan rakyat jelata bergotong royong di Gunung Keriang ini malahan turut menyampaikan ucapan dimajlis ini. Bagi saya ini kejayaan yang unik untuk negeri Kedah , kerana selama ini pun saya lihat kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak begitu bermasalah besar berbanding dengan setengah-setengah negeri yang berlainan parti antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan harapan saya supaya semua para sukarelawan yang melebihi 10,000 orang yang hadir termasuk dibeberapa kawasan lagi di sekitar Bandaraya Alor Setar meneruskan semangat bergotong royong ini, mementingkan kebersihan dan keindahan ini serta terus diamalkan tanpa berhenti-henti.

Ok jumpa lagi......


Tuesday, 28 August 2012

BUBUR LAMBOK......

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 26 Ramadhan 1433


S/U bukan hari-hari mai tolong kacau. Mai mengacau
adalaa... Hari ini saja datang 'joint' ambil
gambarlah konooon. Tupun berlagak ajee.
Tak apalah sekurang-kurangnya ambil tau
apa aktiviti anak buah. buat sepanjang
bulan Ramadhan ini....
 Bubur Lambok menjadi juadah istimewa yang disediakan oleh MBAS untuk warganya secara percuma setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba hingga ke penghujungnya. Amalan gotong royong sesama staf dalam menyediakan bubur lambuk ini amat menggalakkan. Inilah semangat yang kita mahu.. Bekerja dan tolong menolong antara satu sama lain adalah amalan yang patut dipertingkatkan dikalangan anak-anak buah MBAS. Kalau boleh berpakat sesama kita saya rasa segalanya boleh boleh memberikan hasil yang terbaik dan diluar dugaan kita........

Tahun depan InsyaAllah.. kita buat lagi.. Lepas ni kita akan buat bubur asyora pula.... amboi.. kira pi kira mai dok kira fasal makan juga...

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita