Monday 10 June 2013

'Gated Community' Dan 'Guarded Neighbourhood' .. Trend Terkini Kehidupan Di Taman Perumahan..


Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat : Swiss Inn, Sungai Petani.
Tarikh: 10 Jun 2013

Salam Sejahtera.. jumpa lagi.. petang ni saya 'free' sikit. Masa yang ada bukan tak buat kerja tapi tersilap 'time' untuk temujanji dengan YB Dato' Ku Rahman Ahli MMK dan Dato' Saripuddin Kasim  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam , Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia di biliknya. Nak bincang fasal pembinaan Bangunan Pekan Rabu Baru.  Temujanji ditunda dari pukul 4.00 petang ke pukul 5.30 petang. Tak dapat maklumat perubahan tersebut jadi pergi sampai seperti mana janji asal. Jadi ada masa 1 jam setengah tak tau nak buat apa.. nak balik tak berbaloi. So lebih baik ambil teman  rapat saya ni.. taip apa-apa yang patut berkenaan cerita seminar yang saya hadiri pagi tadi di Swiss Inn Sungai Petani.

Isu keselamatan menjadikan masyarakat sekarang semakin berhati-hati dalam memilih tempat tinggal yang selamat dan memenuhi segala keperluan mereka. Isu keselamatan juga telah membawa ahli masyarakat menjadi lebih individualistic. Sebab itu semakin ramai orang telah  memilih kawasan tempat tinggal mereka yang terjamin dari segi keselamatan baik dari segi keselamatan diri dan keluarga  maupun keselamatan harta benda.

Sebab itulah bagi memenuhi kehendak keperluan tersebut, maka semakin banyak  taman-taman perumahan telah melaksanakan perumahan yang menonjolkan ciri-ciri halangan fizikal dan juga ciri-ciri kawalan keselamatan dalam satu-satu komuniti taman tersebut… Kalau taman perumahan baru, tidak ada masalah untuk merancangkan segala keperluan yang sepatutnya sebagai gated community, tapi bagi taman-taman perumahan lama yang juga cuba untuk mengadakan 'gated community' atau 'guarded neighbourhood' community tentunya  banyak perubahan perlu dibuat bagi disesuaikan  dengan standard guarded community yang mana kadang-kadang akan menimbulkan masalah pula disebabkan bukan semua ahli dalam komuniti tersebut berkehendakkan  keperluan tersebut.

Hari ini saya  menghadiri Seminar Perancangan Gated Community (GC) & Guarded Neighbourhood (GN) anjuran JPBDD di Swiss Inn, Sungai Petani bersama-sama anak-anak buah . Saya perlu hadir seminar ini kerana konsep dan pelaksanaannya perlu difahami sewajarnya supaya apa-apa keputusan yang dibuat mengambil kira segala kepentingan agar tidak menimbulkan masalah dimasa hadapan. 

Sekarang sudah ada trend pemaju-pemaju perumahan yang bercadang untuk mengadakan projek perumahan baru dan sekali gus dalam konsep ‘Gated Community’  (Komuniti Berpagar).  ‘Guarded Neighbourhood’ (Kejiranan Berpengawal)  bagi projek perumahan sedia ada dan baru.  malahan sudah adapun  bentuk komuniti seperti ini di Bandaraya Alor Setar. Bertugas di PBT begitulah.. bermacam-macam perkara perlu dilihat dan dilaksanakan dengan pelbagai akta, enakmen, undang2  kecil dan peraturan2  sebagai panduan utama. Apa-apa masalah yang timbul dikalangan komuniti maka PBT lah yang menjadi tempat aduan .

Trend yang berlaku sekarang ini memerlukan satu garispanduan yang jelas kerana tanpa garispanduan yang jelas akan menimbulkan masalah kepada penghuni-penghuni dalam perumahan tersebut.  Nampak mudah seperti mengadakan pengawal keselamatan dikawasan komuniti tapi ada juga yang tidak setuju diadakan ‘guarded neighbourhood’ dan ‘gated community’.  Bukan semua orang suka dibina pagar batu keliling kawasan kejiranannya, bukan semua suka beri tunjuk IC atau lessen memandu pada pegawal keselamatan, bukan semua suka dipasang halangan pintu pagar automatic dan bukan semua mahu bayar bulanan untuk ‘sinking fund’ bayar gaji pengawal dan sebagainya.  Jika ini berlaku maka PBT akan menjadi tempat aduan dan tanpa garispanduan yang jelas tentunya akan menimbulkan masalah dalam mencari jalan penyelesaian.

Dalam seminar ini peserta telah didedahkan dengan konsep-konsep ‘Gated Community’ dan ‘Guarded Neighbourhood’  oleh Dr Alias Rameli dari JPBDD Sem Malaysia,  kaitan GC da GN dengan Akta Hakmilik Strata 1985 oleh Puan Sharifah Khadijah dari JKPTG dan Realiti pelaksanaan GC dan GN oleh Majlis Perbandaran Kajang. Moderator seminar ialah Puan Rozaina Dato Paduka Radzi , Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Komen saya... Faktor keselamatan merupakan asas terujudnya GC dan GN.. Walau bagaimanapun kadang-kadang bukan isu keselamatan sangat yang menjadi punca diujudkan GC, ianya lebih kepada komuniti yang lebih mementingkan eksklusif, komuniti elit, komuniti khas yang  cuba tidak mahu mencampuri dengan komuniti sekitar…  mereka mahu hidup dlm komuniti mereka sahaja dan menjadi lebih individualistic. Inipun kena dilihat juga kerana sudah ada trend kearah itu… Kalau trend ini dibiarkan berleluasa akan akan menghakiskan semangat kejiranan yang amat penting kearah perpaduan nasional.

Terima kasih... salaaam.

1 comment:

  1. Salam En Asri. Saya Siti Fatimah, pelajar PhD di USM berminat untuk mengetahui lebih lanjut menbenai komuniti berpagar. Difahamkan bahawa encik Asri bertugas di MBAS dan saya ingin memohon bantuan daripada pihak encik untuk mendapatkan list kawasan perumahan GC yang wujud di Alor Setar/ Kedah. Mohon untuk dihubungi untuk perbincangan lanjut.
    email saya : ct_2908@yahoo.com

    ReplyDelete

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita